Friday, August 31, 2012

Post tak bertajuk



Salam dari negara matahari terbit.

Dan salam Merdeka untuk semua saudara-saudara di tanah air.

It has been quite a long period since I have written here. Lama sudah tak bermadah dalam bahasa sendiri. Lama sudah tak menulis dalam bahasa ibunda. Memang cantik, memang hebat kalau kita dapat mengawal bahasa bukan bahasa ibunda tapi bukankah lebih indah kalau disamping bahasa yang dapat dikawal itu ditambah dengan kecantikan bahasa yang memang sudah sebati dalam darah daging kita sendiri.

Diperantauan ni, banyak yang buat saya sedar akan kelebihan yang kita ada didalam kekurangan yang memang dapat dilihat oleh mata kasar. Namun kadang kadang kecelaan itu yang dirindui. Mungkin kita belum sampai ke tahap teknologi yang dapat dibanggakan, mungkin politik Negara masih goyah and mungkin kestabilan ekonomi juga tak sehebat Negara-negara maju, tapi Negara darah tumpah ni jugalah paling unik. Tak dapat lagi nak cari tempat nak “mengeteh” dan “melepak” dengan murah.
Dan kat si sana juga la, kawan kawan yang paling saya rindu. Yang kat sini pun memang baik dan hebat, tapi entah kenapa, yang disana juga yang dirindui. Orang-orang yang membakar semangat kemelayuan dalam diri ni, bermula dengan hari tiupan puisi ‘gadis-gadis’ “Tiga Venus”. Kendian pertama kali diri ini terasa diterima dalam suatu kumpulan atau sebagai seorang rakan adalah sewaktu mengenali rakan-rakan ‘Rumah anak teater’.
Bermula dengan mereka-meraka nilah mula aku sendiri mencintai mengenali bangsa sendiri. Dalam mengenali mereka-mereka ni, dikenalkan pula dengan rakan rakan di acara puisi ‘Frinjan’ dan ‘Akar’. These people have gave me more than just friendship. 

It was these people as well that I learned to be more open to new challenges and experiences. More courageous and matured. Kak Fynn, Ayam, K’n, Bob, Faizal dan Nam Ron banyak menyedarkan diriku tentang kepentinggan menjaga asal-usul dan tradisi serta menjaga harga diri. 

Mereka juga yang membuat aku lebih terbuka dalam menerima orang-orang yang diluar my circle of friends sebagai teman berbicara. Sebagai rakan berkongsi sedih gembira. Tempat meluahkan rasa cinta dan mengubat luka. Mereka yang memberi semangat dan api untuk aku terus menjuangkan cita-cita.

Mungkin apa yang aku citakan taklah sehebat dan setinggi mana dan apa yang dikejarkan hanyalah untuk kepentinggan diri dan mungkin secebis dapat aku pulangkan untuk membanggunkan anak senusa. Tapi itu hanya cita-cita.
Kini mereka-merekalah yang  mengubat rindu dan membakar menular api semangat.

Thank you korang semua… Dan masih belum terlambat untuk aku untuk mengucapkan maaf zahir batin untuk saudara semuakan…

Wasalam.

以上、
iejaちゃんでした.