Saturday, October 17, 2009

Pasca dua satu



Seperti baru sudah
Lilin enam belas aku tiup
Perasaan manis dan pahit
Lima tahun dah berlalu
Sahabat, rakan, kawan dan taulan
Beransur pergi dan sampai
Aku juga yang masih disini.

Entah bila akan aku pula yang pergi
Bertukar, menimba dan menambah ilmu
Merantau, mengkaji dan mengexplore tanah rantauan
Aku masih disini.

Aku tahu bukan senang nak capai mimpi
Aku sedar yang mimpi tak bawa kemana
Aku mencuba
Aku terus mencuba
Akan hasilnya aku tunjukkan nanti
Hanya aku bimbang
Aku takut
Meninggalkan tempat ini.

Sebenarnya mungkin aku juga keliru
Aku mungkin juga tak tahu apa yang aku mahu
Mungkin juga aku hanya inginkan mimpi itu
Mimpi yang takkan aku capai kalau
Aku masih disini.

Mimpi itu senang
Cita itu mudah
Nak capai itu tak mustahil
Hanya kerja itu yang sakit
Bukan untuk beralasan
Untuk terus disini.

Tapi reality tak mungkin bertemu fantasi
Mungkin akan terjadi
Tapi bukan dalam masa ini
Bukan dalam pra dua lima
Tidak untuk
Waktu ini...

XOXO
-ieja-