Sunday, August 16, 2009

Review KoKEN : Teater Kompilasi 2

Pementasan teater bukan bangsawan telah diadakan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (Stor DBP), bermula 11 – 16 August, 2009 oleh Rumah Anak Teater melalui Projek Komuniti Kental (KoKEN) : Teater Kompilasi Volume II. Cerita yang pada dasarnya berkisar tentang perjuangan. Perjuangan yang disampaikan dalam bentuk yang amat berbeza tapi untuk tujuan yang hampir sama...

Teater Kompilasi Volume II mengishakan tentang 3 generasi, 2 cerita dalam satu pementasan yang sama… cereka pertama bertajuk ‘Legasi’ hasil nukilan Moizzis R.Cong dan cereka kedua bertajuk ‘Naturalisasi’ nukilan Nam Ron dan diolah semula oleh Fared Ayam.

Pementasan hari pertama untuk kedua - dua pementasan bagi ieja agak hambar. Kesemua pelakon (Tai terkecuali) seolah tidak melakukan persediaan yang cukup. Ada yang tak dengar suaranya, Ada yang emosi tak sampai dan ada yang sebutan yang tidak jelas.

Namun situasi yang amat berbeza dengan pementasan pada hari Sabtu. Terasa segala emosi, tenaga serta penghayatan dari semua pelakon. Perubahan ketara yang paling jelas dapat dilihat pads Noris Ali. Persembahan terbaik tetap digenggam oleh Tai. Mungkin kekuatan wataknya juga banyak mempengaruhi penghayatannya.

Pementasan 'Legasi' mengandungi 4 watak yang dibawa oleh Tai (Cikgu Bahar), Dira (Cikgu Zaharah), K'n (Cikgu Effendi) dan Meera (Suhaila). Dalam kedua - dua pementasan yang ieja hadir, lakonan Tai memang hebat namun part menari tu agak kekok. Either it's a result of lack of practice or lack of dance knowledge. But masa pementasan kedua, the dance was a little better walaupun masih kaku.

Untuk pementasan pertama watak Cikgu Zaharah, Cikgu Effendi dan Suhaila seolah - olah tiada jiwa. Dira, K'n dan Meera seolah hanya menghafal script tanpa mengeluarkan jiwa. Sebutan dari Meera agak samar dan voice projection dari Dira agak low. Namun pada pementasan hari Sabtu malam, kesemua mereka dapat menebus kekurangan itu. Watak Suhaila yang dibawa oleh Meera, seakan mendapat jiwa yang lain, yang lebih terbakar.

Bagi pementasan ‘Naturlisasi’ pula, pementasan hari pertama member kelainan dari segi mempunyai surtitle (macam subtitle tapi diatas). Dengan adanya surtitle ini, ruang untuk pelakon mengubah serta megolah script diatas pentas amat kecil. Maka kalau ada yang terlupa script atau tersilap perkataan, ia boleh dikesan dengan senang. Zahiril Adzim membawa watak Rahmat, Amerul Affendi membawa watak Razman dn Noris Ali membawa watak Nurul. Seperti yang ieja cakap diatas, ieja kurang appreciate the first show, walaupun ieja tak pasti apa yang kurang. Yang ieja dapat point out hanya satu, Noris kurang bersemangat dan suara sama seperti Dira, agak tenggelam. Dalam pementasan hari Sabtu pula, pementasan ni memag best tapi diganggu sedikit dengan deringan handphone. Dan pada pementasan hari Sabtu, tiada surtitle, maka room for improvisation was wider and the play became more interesting.

Walauapa pun, yang penting penonton terhibur dengan pementasan kali ni. Selain tu, banyak jugak ieja dapat pengetahuan tentang sejarah, walau pun bukan directly dari play ni. Dari segi kepuasan menonton, sebagai penonton yang tiada basic teater seperti ieja ni, for the first play i would give 3 stars out of 5 (3/5) and the Saturday’s show around 4 and a quarter star out of 5 (4.25/5). Kenapa ada .25? biarlah itu menjadi rahsia... lalala...

Ini hanyalah pendapat dan kritikan yang diharap boleh diterima sebagai kritikan membina. Ieja memang tiada basic teater, kalau ada pun dah bersarang dan berkarat. Apa yang ieja tulis diatas adalah ikhlas dari hati... harap tak ambil hati la kalau ada pelakon atau sesiapa yang membaca entri ni... :)

p/s: gambar dan video akan ditampal nanti, sebab ieja busy sket beberapa hari ni dengan majlis convo dan study untuk test... sorry...

love,
-ieja-

2 comments:

  1. Wah! Nice review Ieja..
    Takpe.. buat kritikan membina apa salahnya kan? Takkan asyik nak dengar pujian. Bila dapat kritikan, baru lah tahap pencapaian boleh diperbaiki nanti. =D

    Thanks for sharing this with us.

    ReplyDelete
  2. =) mekasih kerna membaca nonoi...

    ReplyDelete