Sunday, August 30, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA?








Alhamdulillah sudah 52 tahun Malaysia Merdeka.
Aku? Lahir, lahir memang dah merdeka dah... nak masuk 21 tahun ieja hidup. 21 tahun tu memang dah merdeka. Aman damai, tade peperangan, tade apa pun... tapi persoalannya, MERDEKA kah kita sebagai individu?

Kalau di tanya erti Merdeka. Even ieja pun akan menjawab kebebasan dari penjajahan. Tapi adakah kita betul – betul dah Merdeka? Adakah kita betul – betul bebas dari penjajahan? Secara luarannya, mungkin YA. Secara kasarnya la... untuk 20 tahun, ieja betul – betul yakin yang kita ni semua memang merdeka... ieja akan membangkang secara halus (merajuk, kalau orang kata sebaliknya. =P ye aku manja! Sue me... >:P)

Lepas didedahkan dengan sejarah Malaysia (bukan sejarah Malaysia yang kat sekolah tau,sejarah sebenar yang dibaca dari memoir dan bacaan yang lebih boleh dipercayai), perasaan ragu itu ada. Ya, Malaysia MERDEKA. Itu tak di nafikan, tapi adakah rakyat Malaysia itu sendiri merdeka?

Tafsiran Merdeka yang pernah diajar suatu ketika dulu ialah, bebas dari sebarang ancaman serta bebas dari pemerintahan penjajah. Bebas dari sebarang ancaman ialah aman dan tenteram kan? Memang majority masa di Negara ini aman dan tenteram, tapi ada juga ancaman dan pergolakkan yang meragukan statement ini. Antaranya adalah:-






Artikel – artikel ini juga membuat ieja terfikir. Membuat ieja tertanya. Nak korek balik semua artikel memang malas, since kerja lain pun melambak depan mata ni, so, ni links yang ieja last read…
Negaraku: Bukan Identiti Malaysia dan Anak Bangsa Malaysia by Faisal Mustaffa.

Lagi satu yang menyebabkan tertulisnya entri ini iala disebabkan oleh cerita 1957:Hati Malaya. Soalan pertama yang ditujukan to me masa ieja kata nak tengok cerita tu. “Sejak bila plak adik tengok cerita Melayu macam ni?” soal my brother and my mom yang jawab, “Mesti ada salah satu budak teater tu kan… Tu yang nak sangat tengok.” Jawapan aku? Hanya senyuman. Walaupun dalam hati memang pun. Lalala… tapi ada juga terfikir disebabkan interview ni. ieja just nak tahu, which part yang dikatakan glembong tu. Memang ada. Seperti yang dikatakan, cerita ni bukan lah 100% facts, instead, its factual fiction, atau dalam erti kata lain, ia sebuah cereka rekaan berdasarkan fakta yang minimal.

Ieja bukanlah pengkritik filem, atau pengkaji sejarah (sejarah Malaysia masa SPM pun cukup makan je), and ieja rasa, cerita ni bukan untuk menceritakan sejarah itu sebagai 100% pengajaran sejarah, cukup sekadar menyedarkan masyarakat tentang perjuangan orang dulu – dulu dalam memperjuangkan keamanan Negara tanah tumpah darahku ini. Motif tengok cerita ni? Cuci mata… Lalala… naseb malam, kalau tak mau batal puasa aku tadi… =P

Tapi dalam dok cuci mata tu teringat pulak tentang 1Malaysia. Ni pun pendapat ieja la. Konsep 1Malaysia ni dari observation yang ieja lakukan, bukan lah concept yang baru, even before Merdeka lagi this concept dah cuba untuk dilakukan. Tapi 1Malaysia ni seolah – olah satu nafas baru untuk melenyapkan isu perkauman. Satu concept yang baru dinaikkan semula. Kenapa? Tu, ieja tak pasti.

Memang ieja tak menafikan yang ieja ni memang buta politik. Ieja ni kurang mengambil tahu, hanya bila perlu je. Tu pun sebab nak strengthen my language by reading… lalala… ye ieja suka baca paper sebab language dia (Sebab sekarang tak da masa nak baca fictions lagi…).

Sebelum ieja mengarut lebih panjang, baik ieja stop disini je la… Salam Ramadhan buat semua yang membaca, dan Selamat Hari Merdeka bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu semua (walaupun 1Malaysia) =P

-ieja-

p/s: Tai nampak kacak, K’n segak dan seperti biasa Azhar Sulaiman dan Rusdi Ramli seperti hebat dalam 1957:Hati Malaya =P a.k.a sebab aku tonton cerita itu… lalala…

4 comments:

  1. Siapakah dak teater yang ieja maksudkan tue??
    n must masih tercari2 konklusi dari post ieja.. macam pelik plak citer tak der konklusi...

    ReplyDelete
  2. hanya mereka tertentu akan tahu siapa yang ieja maksudkan... dan yang tahu tu, jangan nak ngade biseng2kat sini ye....

    mungkin post ni memang tak de konklusi. sebab conclusion nya, ieja sendiri masih keliru dan tak tahu sama ada kita semua ni dah betul - betul merdeka ke?
    entri ni adalah dalam entri pertanyaan serta pendapat je... =)

    ReplyDelete
  3. tengok sebab si dia=tak aci!!!
    ahahaha..
    tu belum merdeka lagi tu perasaan tu..
    tralalalalala

    ReplyDelete
  4. kak nad... tak baek tuduh taw...i tengok sebab semangat patriotic... konon...

    hahaha...
    yela yela...
    i tgk sbb i ske nak tengok mereka itu... =D

    ReplyDelete