Monday, August 3, 2009

Gary Leon Roberts


Semalam ieja dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan ieja... walaupun kami tak begitu rapat, hanya sekadar teman berbual di kala berjumpa, dan hanya pernah berkongsi satu kelas bersamanya, pemergiannya seakan merentap dan menyedarkan kita semua akan hidup ini tak kekal. Hidup ini terlampau pendek. Hidup ini terlalu banyak kejutan.

Teman ieja yang bernama Gary Leon Robert ini banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada ieja. He is the kind of person that is loved by everyone who is anyone. He is the kind that could never hurt anyone. Namun berita pemergian sahabat ini bukan sahaja mengejutkan, tapi cara pemergiannya yang lebih menyedihkan.

Dari cerita yang ieja dengar, he was found in the trash bin. Seorang yang boleh dianggap suci, kerana hatinya yang baik dan bersih serta pekerti yang boleh dikatakan sempurna di jumpai mati diantara timbunan sampah! Manusia memang tak berhati perut atau binatang yang melakukan itu, diharap akan mendapatlah balasannya.

Malam semalam, ieja ke rumah keluarganya. Ieja kagum dengan kehadiran rakan – rakan yang lain. Memang ramai. Ramai sungguh yang telah disentuh hatinya oleh Gary. Jika anda mahu melihat semangat 1Malaysia. Itulah dia. Pelbagai latar belakang. Pelbagai kaum. Pelbagai agama. Walaupun, tak baik disoal tentang ajal dan maut, tapi soalan ini masih menghurungi ieja. ‘Mengapa orang yang baik, selalu pergi cepat? Mengapa bukan orang yang jahat?’

Walau dalam jasad Gary sudah tiada bersama kami, semangat dan azamnya akan terus hidup dan bersama... I will always cherish the memories of TechComm and many others we had... May your soul Rest In Peace Gary Leon Robert. :’(

2 comments:

  1. yang ieja dpt taw, dia meninggal atas sebab over dehydration...

    ReplyDelete