Saturday, July 25, 2009

minda

Sayup laungan permai mengejut aku,
Nyaman,
Indah terasa dunia,
Segalanya sempurna.

Tiba terik matahari menggigit tubuh,
Perit,
Sakit hingga ke sum – sum basah,
Yang makin kontang
Sedikit, demi sedikit cahaya terik itu malap
Kekeringan pula dibasahkan oleh dusta – dusta sial
Yang makin membutakan hati dan rohani.
Simbahan asid membakar
Namun kegelapan itu masih kekal.
Kegelapan yang makin membutakan
Kemalapan yang makin mematikan
Si buta ini meraba
Mencari sisa – sisa nur yang entah kemana pergi.

Bila tiba fajar merah mula menyinsing,
Segala lelah terasa terbazir,
Segala penat terasa terbuang,
Mata yang buta makin dibutakan,
Yang celik dimalapkan.
Api – api perjuangan disimbah
Dilunturkan,
Dimatikan sehabisnya.
Disogok nur – nur palsu yang makin memalapkan sinar matahari suci itu.

Bila malam datang menggamit,
Si celik digelapkan pandangannya
Si buta disuluh – suluh
Nur matahari suci itu terus tenggelam
Kelam
Ditelan kemodenan
Dibaham pembangunan
Apa lagi yang harus di olah untuk memanggil kembali sinar suci itu
Sial,
Memang sial,
Yang celik dibutakan,
Yang buta disimpan dalam gelap.

Monday, July 20, 2009

Jom kita serang!!!

Tiga bulan bercuti telah membuka mata serta minda ku untuk mengenal lebih banyak seni di Malaysia ni. Seni – seni ini juga yang menemukan aku dengan teman – teman baru dan rasa – rasa baru. Teman –teman ini jugalah yang telah member aku semangat baru dalam meneruskan hidup ini.

Dengan adanya teman – teman baru ni, aku juga secara tak langsung berasa bertanggung jawab untuk mempromote mereka. Tanpa paksaan, tanpa perlu disuruh… siapa lagi akan menyokokng kita di kala memerlukan kalau bukan sahabat, betul tak?

So here goes the events, yang akan dianjurkan dan akan dibuat atau akan terlibat secara langsung dan tak langsung dalamnya.

Yang paling dekat ialah:

Short and Sweet ni adalah pertandingan tarian dan teater yang akan diadakan di KLPac dari 22 Julai sampai 16 Ogos 2009. Untuk lebih tahu, click la kat sini , untuk Dance Schedule Click Here dan untuk Theater Schedule Click Here.
Datang la ramai – ramai dan sokong rakan – rakan baruku ini Mami Jarum untuk dance category dan Life’s a Twitch karya Maya Tan Abdullah untuk teater… hihihi…

Seterusnya,


Pameran seni tampak atau lukisan diberi nama Between the Lines akan diadakan di Annexe Gallery bermula 23 Julai 2009 hingga 2 August 2009 dari 8 pm till 8 pm… bukan memain taw… pameran akan dibuka officially pada 8 malam 23 Julai dan ditutup pada 8 malam 2 August. The exhibition time will be as follows:

Thu 23 Jul to Sun 2 Aug
Sun to Thu, 11am to 8pm
Fri & Sat, 11am to 9.30pm




Picture credits to Pekan Frinjan FaceBook

Untuk peminat puisi dan lagu, marilah kita memeriahkan Pekan Frinjan. Mereka ni bukan saje sempoi, tapi dapat menenangkan jiwa sambil menghiburkan hati. Particulars are as follows:

Date: Saturday, July 25, 2009
Time: 3:00pm - 11:55pm
Location: Laman Menara Jam (behind Plaza Alam Sentral)

Untuk tahu dengan lebih lanjut, sila ke, Rumah Anak Teater atau Facebook Pekan Frinjan.


Picture credits to Rumah Anak Teater blog

Gadoh the Movie akan ditayangkan lagi pada:
Date: Friday, 31 July 2009, 8pm
Venue: Auditorium, Level 9, Wisma BU8, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya
Landmark: Next to Centrepoint and McDonalds.

Untuk tahu dengan lebih banyak, berkunjunglah ke Rumah Anak Teater atau KOMAS.

Lagi satu,


Picture credits to Rumah Anak Teater FaceBook


Rumah Anak Teater lagi sekali mempersembahkan Project KoKEN (Project Community Kental) Teater Kompilasi 2. Ieja pun akan pergi untuk kali pertama menonton mereka ni berteater, so harap – harap best! Event ni special sket, akan ku lanjutkan ke entri selepas ni… hahaha… pilih kasih kan… :P

Anyway, ni details dia:
Start Time: Tuesday, August 11, 2009 at 8:30pm
End Time: Sunday, August 16, 2009 at 8:30pm
Location: Stor TEATER, Dewan Bahasa dan Pustaka
City/Town: Kuala Lumpur, Malaysia

Keterangan lebih lanjut ada di Facebook KoKEN, Blog RAT dan Blog Pemeran Teater Kompilasi ni Bob .

Kalau ada perubahan dari segi masa, tempat atau apa – apa, akan ku tulis lagi disini kelak… pape pun, harap yang membaca blog ni dapat la hadir ke salah satu pilihan anda atau memana yang anda rasa best… kalau kita tak support kawan siapa lagi kan??? Betul tak kawan – kawan yg bob suka??

Anyways,

XOXO
-ieja-

Saturday, July 18, 2009

Pegawai Khalwat



Lambatnya ieja nak menulis pasal review ieja tentang teater ni. Bukan sebab takde menda nak tulis or malas but sebab banyak la pulak kerja yang ieja kene buat… dan Gabe Lecuyer, laptopku masuk ward lagi =P so now kene guna laptop ayah yang besar ni... Jasper Andrea aka my desktop dh nak dekat empat bulan tak on..

Sebelum teater ni, ieja dah lama tk pi tgk teater, lebih – lebih lagi kat Taman Budaya tu. The last time was Jangan yang ieja pergi ngan geng ASTENA juga. My first malay teater, simpan lagi pamphlet teater tu. Hihihi…

Ini hanya pendapat ieja taw, ieja ni bukan pandai sangat tentang teater but sebagai penonton, just nak luah kan apa yang dirasa. Maaf in advance kalau apa yang akan ieja tulis ni agak menyinggung sesiapa… tapi ni review ikhlas…

Permulaan teater ni, agak ok. Tapi bila dah lama sikit tu agak hamber sedikit. Mungkin kerana cerekanya agak predictable atau pun pelakonnya ada kala in and out of character sikit. Tapi character yang paling ieja respect ialah bibik… cayalah bibik... anda memang hebat memeran watak anda...

Yang lain itu okay je la… tapi ieja still sokong pa’an and kak sha… korang boleh baiki lagi… Pa’an perjalanan anda masih jauh, ieja sure kamu insyaallah akan terbit sebagai pemeran suat hari nanti…

However, the ending tu yang ieja suka... it makes you think, it makes you wait... a story with no ending is way better than the ones with a bad ending...

Pape pun, pengalaman pergi teater baru baru ni, menjadikan minda ieja lebih kurang macam di refresh, dan mengingatkan kenangan bersama kelab – kelab teater dulu… rindunya kat semua…

Mesti busan baca entri kali ni kan?? Hihihi…
Ni sebab ieja buat tiga empat kerja at one time… multitasker… hahaha… anyway, enjoy these pictures…


~Casts and crew of Pegawai Khalwat~


~Me and Kak Zihan~


~Me and Kak Sherie~


~bersama Wan~


Aku bersama encik Pegawai Khalwat 2

Friday, July 10, 2009

Keramaian yang Sunyi

Bingit telinga mendengar,
Sesak mata memandang,
Tapi kosong.
Itu yang aku rasa.
Sunyi.
Tersisih dari semua.
Aku juga manu berkata.
Aku juga ingin bercerita.
Tiada siapa yang mendengar.
Tiada siapa mahu meluang.
Ah, biar aku sendiri.
Biar aku sunyi...
Sendiri.