Wednesday, June 10, 2009

Prom

Nak masuk 4 tahun dah Ieja tinggal alam persekolahan. Rindu pula pada rakan – rakan sekalian. Semalam tah kenapa aku teringat akan prom night yang aku tak pergi tu. Akut teringat dan teringin sangat nak jumpa kawan – kawan lama aku.

Ramai yang bertanya kenapa Ieja tak pergi prom? Jawapan yang Ieja selalu kata sebab Ieja tak layan prom la, sebab Ieja malas la and berbagai alasan. Bukan nak kata tu semua tak betul, tapi tu hanya alasan yang tak konkrit. Alasan untuk tak merasakan jarum itu lagi. Jadi kenapa dah lepas nak dekat 5 tahun baru nak beritahu? Kenapa nak rasa pedih tu balik? Kenapa disini?

Sebabnya, kalau Ieja simpan, lagi pedih akan dirasa kelak. Biar la pedih itu terasa ia akan mengingatkan kita yang kita ni manusia, hamba yang serba kekurangan. Kenapa disini, sebab tiada yang membaca sanggat and tiada siapa yang akan kisah. Tapi kat sini pun bahasa harus dialas kan… jadi, Ieja tak akan cerita secara langsung, siapa yang faham tu faham lah, siapa yang tak, entah la.

Ini buat semua:
Prom

Dalam mindaku, aku percaya kamu,
Dalam hatiku, aku sayang kamu,
Kamu tahu segala cita,
Kamu pegang semua rahsia.

Kamu pun tahu aku ada rasa,
Tiga tahun memendam rasa,
Tiga tahun menahan siksa,
Tiga tahun aku berahsia,
Semuanya hanya sia – sia.

Aku tahu, aku bukan siapa,
Aku tahu, aku tiada nama,
Aku tahu, aku tidak sempurna,
Tapi dia hanya teruna.

Esakkan aku kini memori,
Luahan ini tak mungkin kau mengerti,
Mungkin kerana aku suka bermisteri,
Mungkin juga aku suka sendiri.

Hari itu memang dinanti,
Hari itu yang aku idami,
Hari itu aku tak pergi,
Hari itu aku mula membenci,
Luka in sudah tak dapat diubati.

Tapi benci itu masih aku sayang,
Orang itu masih aku kenang,
Walau hati dicarik, di robek,
Mungkin ini adalah takdirku.

-mungkin Ieja yang silap tak beritahu secara terangan, mungkin Ieja silap suka pada yang berpunya. Tapi sekarang Ieja dah lupakan perkara ini, hanya perit itu tetap ada.

2 comments:

  1. ermmmm.....kdg2 memendam itu lebih baik jika tahu yang sebenarnya nanti buat kita lebih menangis.....

    ReplyDelete
  2. tapi bila lama - lama pendam tu macam terbakar balik... jadi lebih baik buka biar la apa tanggapan orang lain...

    ReplyDelete