Friday, June 5, 2009

Mimpi



Wah, disebabkan sebelum tidur semalam aku berada di ‘cloud nine’, mimpiku pun agak fantastic malam tadi… Mekasih kamu… hihihi, you’ve made my day. Apa yang aku mimpi? Meh sini nak story. Tapi shhh… jangan sampai orang itu tahu… Malu la Ieja nanti.

Ade orang kata jangan beritahu mimpi kita nanti takut tak menjadi nyata. Tak pe… memenag Ieja tak nak dia jadi nyata pun… takutt…

Penceritaan Mimpi


Gelap, sekeliling aku gelap. Sejuk. Sangat sejuk macam pijak snow di Minnesota pada bulan December diSubuh hari. Pedih kaki memijak, berat rasanya lutut menampung beban. Angin panas bertiup di tengkokku. Meremang segala bulu roma. Entah mana la pulak datang si angin panas itu.

Tiba – tiba panas. Badan aku panas. Seperti didakap. Seperti disayang. Aku buka mataku luas – luas. Mimpi bodoh itu lagi. Mimpi yang aku kesorangan kesakitan menunggu masa. Tapi kali ni aku bukan berseorangan. Yang anas itu adalah mereka. Yang mendakap aku itu adalah dia.

Yang sejuk itu adalah Air-Cond. Yang panas terasa tu sebab mereka mengerumun melindungi aku dengan ayat – ayat yasin. Yang panas di tengkuk aku adalah airmatanya. Yang memegang aku adalah dia. Lembut benar suara mereka membaca. Sedap betul dengar. Macam tak nak bangun.

Bila aku tanya kenapa macam ni? Kenapa aku kat sini? Kenapa semua sedih. Semua senyap. Semua tunduk. “Maaf.” Itu je yang yang keluar dari mulut dia. Ia tarik aku, dia peluk kuat. Macam aku nak je tinggalkan dia. Aku tak nak. Aku sayang dia. Aku sayang mereka.air mata mereka semua meleleh, aku tak tahu kenapa. Sedih? Gembira?

Persoalannya kenapa mereka disitu? Mengapa aku disitu? Tapi kali ni indah sebab mereka ada. Kali ni indah sebab sentuhn mereka aku rasa. Aku tak keseorangan lagi! Aku sayang kamu semua.
Penceritaan Mimpi


Siapakah mereka? Hmmm… ni yang aku malu… biar hanya mereka yang tahu…

-ieja-

No comments:

Post a Comment