Tuesday, June 16, 2009

Empat Hari Kesanggapan




masa kebusanan dalam kereta

Empat hari tanpa computer dan internet menyedarkan aku yang bumi ni ada lebih dari yang Ieja sedar… Ecehhh… Ieja bengang gila bila balik Taiping and tade internet. Sanggap betol jadinya… Nasib la ada anak sepupu boleh dibuat memain, tak la sunyi sangat. Selain melayan anak saudara tu, ieja menghabiskan duit dengan main internet guna phone… hihihi.. and buat poem la pe lagi.


Masa kat Taiping tu, ada la ura ura racism… so otak ieja nit ah kenape teringat akan si pemeran Zahiril Adzim tu. Hihihi… ade lebih kurang 4 ke 5 poem yg ieja tulis but sume cam tak fit nak tulis kat sini sebab macam orang patah hati since tak dapat internet la katakan…

Dendam

Kesumat dihati,
Takkan tenteram,
Meredap,
Memakan diri.


Jangan dibiar,
Geledak api terbakar,
Jangan disimbah,
Pemangkin berbisa,
Kelak semua terbinasa,
Ssegalanya akan musnah,
Diolah amarah hati,
Perjuangan merdeka dipersia,
Nasib anak bangsa entah kemana,
Kerana seorang,
Semua bangsa terbinasa.


Apa yang kau dapat,
Selain darah yang tak bersalah,
Selain nyawa yang tak berdosa,
Itukah yang kau mahu,
Kepupusan anak bangsakah yang kau hendak?


Fikirlah dulu sebelum bertindak,
Ingatlah dulu sebelum berkata,
Jangan terbiasa dengan binasa,
Kelak hilang bangsa,
Sia – sia merdeka.


Memang ieja tak berapa kisah tentang political situation in Malaysia ni, but ieja rasa it’s about time for me to know a little about what is happening. Silap, silap, ni blog bahasa Malaysia ieja, wuwuwuwu… pergadohan itu bukan suatu yang teruk, bila bergadoh baru la semua nak berbaik and nak mengetahui pasal orang yang pihak lain tu. Tapi, kalau ye pun nak gadoh, tak perlu la membunuh, cukup sekadar melawan kata.

Buat apa nak gadoh pun, sebab lain pemikiran? Ke sebab lain warna kulit? Ish, pe la nak gadoh – gadoh ni. Buat rugi je perjuangan tok nenek kita dulu. Negara kita ni dah merdeka, biarkan la dia aman. Jangan la nak buat pasal lagi. Bukannya tak boleh selesaikan baik – baik. Ish laa…

Tapi Alhamdulillah masa ieja kat sana tak ada pape yang jadi depan mata. Tak ada apa – apa uyang keluar surat khabar and tv, Alhamdulillah la sume tu rumors je.

Walau pun dok Taiping tu teramat la panas, pengalaman dia memang best. Ieja dapat jumpa ayam yang kental (tetibe teringat kat Fared Ayam), kambin dan memacam lagi… yang lagi best ieja dapat tgk ayam kene sembelih… kambing tu tak sempat… wuwuwuwu… tapelah, dh byk kali tengok pun.


Apa pun, balik kali ni bukan sebab sesuka, balik Taiping kali ni sebab ada upacara suap gula. Suap gula ni, biasanya orang panggil bertunang la. Mengikat perhubungan tu. Ieja memang nak nangih mase sume orang suap gula tu tapi keraskan hati… wuwuwuwu… anyways, ni gambar – gambar sikit… yang lain tu singgah la kat facebook ieja.



2 comments:

  1. Hihi.. Ieja pun asyik teringat ZA ke?
    Me too lah, tapi ieja best lah, dah pernah jumpa dia kan???

    Sorry, Noi tak pandai nak komel tentang puisi. Dulu masa sekolah ada gak lah try tulis, tapi tak sehebat Ieja lah. Dah lama tinggalkan bidang penulisan puisi ni.
    Anyway Noi suka perenggan yang ni

    Jangan dibiar,
    Geledak api terbakar,
    Jangan disimbah,
    Pemangkin berbisa,
    Kelak semua terbinasa,
    Ssegalanya akan musnah,
    Diolah amarah hati,
    Perjuangan merdeka dipersia,
    Nasib anak bangsa entah kemana,
    Kerana seorang,
    Semua bangsa terbinasa.

    Nice!!

    ReplyDelete
  2. noi, teringat kat ZA tu sbb ieja kat Taiping (ZA was born there kot...) and ade rumors about perkauman and dia kan anti perkauman... ahahaha...

    ieja menulis sesuka suki hati ieja je... tak hebat pun, nak baca yang hebat tu si ZA tu jauh berjuta kali lebih hebat...

    ieja ni bukan orang seni... menulis hanya sekadar hobby...

    ReplyDelete