Tuesday, June 30, 2009

Dia

Aku. Hanya. Mahu. Dia. Faham. Mengerti. Memaafkan. Menerima. Aku. Kembali. Benci. Luput. Rindu. KAMU.

Sunday, June 28, 2009

Hari yang Indah

Hari Sabtu (27 June) memang best! Tengah hari pergi lepak kat Urbanscapes sambil bershopping malam tu pulak menghabiskan masa dengan mendengar puisi – puisi contemporary di Pekan Frinjan di Shah Alam.

Pada pendapat ieja lah kan, Pekan Frinjan is more or my scene dari Urbanscapes. Mungkin kerana ieja pergi Urbanscapes tu kejap je, atau mungkin juga kerana ieja kurang minatnya akan music – music indie. Tapi performance ‘Room of Secrets’ ke ‘Secret Room’ tu memang menghiburkan.

Pekan Frinjan pula kepuasannya lain dari Urbanscapes. Bukan hanya disebabkan oleh performasi –performasi yang best (more of to my liking compared to Urbanscapes), tapi sebab akhirnya dapat juga ieja berjumpa dengan Kak Mimi berdua (twins) dan Kak Nad, yang sebelum ni kami mengada dan menggedik di FaceBook dan YM bersama sahaja… Korang ni best la…

Disebabkan oleh ketiadaan video camera yang dipinjam, ieja tak dapat record banyak performance, and sebab digi cam ieja, memori card dia tak besar, and ieja and co. ni memang suka bergambar, tapi dapat juga record dua cebis video performance by Fared Ayam and Zahiril Adzim.


Stabil untuk Siapa?


Metafora dari Tuhan


En. Ayam and co. memang sempoi. First time ieja jumpa Ayam dengan Merul was at the first ever Gadoh! Screening in HELP University. Masa tu tak kenal pun diorang tu. Masa MC perkenalkan baru tahu. Tu pun ieja was expecting Ayam tu be either Fat blogging type or someone really eccentric. Merul pula, ieja ingat dia garang. Mana taknya, dah la diam, tak senyum, terus ieja tak tegur. Tapi rupa – rupanya, Abg Merul ni baik je. And tutur dia agak lembut. Tak sombong atau garang pun. Hihihi. Tapi menghadap si bintang nan sebutir tu, lidah masih kelu, heartbeat masih nak race keliling dunia.

Setakat ni saja la perkongsian ieja hari ni…

p/s: Bob, lain kali if dapat jumpa lagi, insyaallah ieja akan cerita balik kat kamu macam mana kamu dah menyelamatkan ieja dari munuh dirik and lupa bangsa. :)

-ieja-

p/s: gambar nanti ieja add... wuwuwu :P

Saturday, June 20, 2009

Perit



Memori itu lagi.
Kenapa ia perlu terjadi?
Mengapa ia terjadi?
Kenapa aku?
Kenapa dia.
Dia tak bersalah.
Dia tak bersalah.
Dia tak bersalah.

Lepaskan dia dari kurungan sial itu,
Buka gari bangsat itu,
Buang badi lakhnat itu dari badannya.
Tolonglah.
Tolong lepaskan dia.
Dia tak bersalah.
Dia tak bersalah.
Dia tak bersalah.

Aku benci ingatan itu.
Aku benci hari itu.
Aku benci orang itu.
Aku benci.
Aku benci.
Aku benci.
Dia hidupku.
Dia nyawaku.
Dia semangatku.
Aku sayang dia.
Aku sayang dia.
Aku sayang dia.

Kenapa ini terjadi?
Kenapa ini mesti jadi?
Kenapa ini jadi padanya?
Kenapa…

Friday, June 19, 2009

Cullen Malaya


Dari


Ke



Minda, jiwa serta hatiku berada dalam awing – awangan tanpa gravity malam semalam. Mengapa? Itu, rahsia antara kami… Jadi disebabkan oleh minda yang tak stabil serta jiwa yang beterbangan, ieja mengambil dam membaca kembali buku Twilight yang dah terlampau banyak kali ieja baca. Sambil tu, mendengar lagu yang dua buah ini. ZA, this beats your Sigur Ros. Ahaha… memang heaven, sampai otak ieja jadi ala – ala cramp sikit…


Credits to BalsemGosok from YouTube


and



Credits to hanjlin18 from YouTube


Penangan membaca buku Twilight untuk ke sekian kalinya sambil mendengar alunan merdu dua music ini dalam loop, maka terjadilah imaginasi ini…


The Cullens in the Twilight Movie


Cullen Malaya


Azhan Rani as Carlisle Cullen



Beto Kusyairy as Edward Cullen



KhairilRidzuan a.k.a K'n as Jasper Hale



and


Fikhree Bakar as Emmett Cullen



Ini adalah Cullen versi Melayu (versi tak cukup inci dan agak rentung disalai dibawah matahari Malaysia… ehehe)

Ok tak Cullen Melayu ni???
Nanti tengok la, kalau Ieja rajin, ieja update the whole Twilight Clan jadi Melayu…

p/s: Picture credits to Azhan Rani, Beto Kusyairy, KhairilRidzuan and Fikhree Bakar’s FaceBook page. And also the uber awesome Google (for the twilight pictures).

Tuesday, June 16, 2009

Empat Hari Kesanggapan




masa kebusanan dalam kereta

Empat hari tanpa computer dan internet menyedarkan aku yang bumi ni ada lebih dari yang Ieja sedar… Ecehhh… Ieja bengang gila bila balik Taiping and tade internet. Sanggap betol jadinya… Nasib la ada anak sepupu boleh dibuat memain, tak la sunyi sangat. Selain melayan anak saudara tu, ieja menghabiskan duit dengan main internet guna phone… hihihi.. and buat poem la pe lagi.


Masa kat Taiping tu, ada la ura ura racism… so otak ieja nit ah kenape teringat akan si pemeran Zahiril Adzim tu. Hihihi… ade lebih kurang 4 ke 5 poem yg ieja tulis but sume cam tak fit nak tulis kat sini sebab macam orang patah hati since tak dapat internet la katakan…

Dendam

Kesumat dihati,
Takkan tenteram,
Meredap,
Memakan diri.


Jangan dibiar,
Geledak api terbakar,
Jangan disimbah,
Pemangkin berbisa,
Kelak semua terbinasa,
Ssegalanya akan musnah,
Diolah amarah hati,
Perjuangan merdeka dipersia,
Nasib anak bangsa entah kemana,
Kerana seorang,
Semua bangsa terbinasa.


Apa yang kau dapat,
Selain darah yang tak bersalah,
Selain nyawa yang tak berdosa,
Itukah yang kau mahu,
Kepupusan anak bangsakah yang kau hendak?


Fikirlah dulu sebelum bertindak,
Ingatlah dulu sebelum berkata,
Jangan terbiasa dengan binasa,
Kelak hilang bangsa,
Sia – sia merdeka.


Memang ieja tak berapa kisah tentang political situation in Malaysia ni, but ieja rasa it’s about time for me to know a little about what is happening. Silap, silap, ni blog bahasa Malaysia ieja, wuwuwuwu… pergadohan itu bukan suatu yang teruk, bila bergadoh baru la semua nak berbaik and nak mengetahui pasal orang yang pihak lain tu. Tapi, kalau ye pun nak gadoh, tak perlu la membunuh, cukup sekadar melawan kata.

Buat apa nak gadoh pun, sebab lain pemikiran? Ke sebab lain warna kulit? Ish, pe la nak gadoh – gadoh ni. Buat rugi je perjuangan tok nenek kita dulu. Negara kita ni dah merdeka, biarkan la dia aman. Jangan la nak buat pasal lagi. Bukannya tak boleh selesaikan baik – baik. Ish laa…

Tapi Alhamdulillah masa ieja kat sana tak ada pape yang jadi depan mata. Tak ada apa – apa uyang keluar surat khabar and tv, Alhamdulillah la sume tu rumors je.

Walau pun dok Taiping tu teramat la panas, pengalaman dia memang best. Ieja dapat jumpa ayam yang kental (tetibe teringat kat Fared Ayam), kambin dan memacam lagi… yang lagi best ieja dapat tgk ayam kene sembelih… kambing tu tak sempat… wuwuwuwu… tapelah, dh byk kali tengok pun.


Apa pun, balik kali ni bukan sebab sesuka, balik Taiping kali ni sebab ada upacara suap gula. Suap gula ni, biasanya orang panggil bertunang la. Mengikat perhubungan tu. Ieja memang nak nangih mase sume orang suap gula tu tapi keraskan hati… wuwuwuwu… anyways, ni gambar – gambar sikit… yang lain tu singgah la kat facebook ieja.



Wednesday, June 10, 2009

Prom

Nak masuk 4 tahun dah Ieja tinggal alam persekolahan. Rindu pula pada rakan – rakan sekalian. Semalam tah kenapa aku teringat akan prom night yang aku tak pergi tu. Akut teringat dan teringin sangat nak jumpa kawan – kawan lama aku.

Ramai yang bertanya kenapa Ieja tak pergi prom? Jawapan yang Ieja selalu kata sebab Ieja tak layan prom la, sebab Ieja malas la and berbagai alasan. Bukan nak kata tu semua tak betul, tapi tu hanya alasan yang tak konkrit. Alasan untuk tak merasakan jarum itu lagi. Jadi kenapa dah lepas nak dekat 5 tahun baru nak beritahu? Kenapa nak rasa pedih tu balik? Kenapa disini?

Sebabnya, kalau Ieja simpan, lagi pedih akan dirasa kelak. Biar la pedih itu terasa ia akan mengingatkan kita yang kita ni manusia, hamba yang serba kekurangan. Kenapa disini, sebab tiada yang membaca sanggat and tiada siapa yang akan kisah. Tapi kat sini pun bahasa harus dialas kan… jadi, Ieja tak akan cerita secara langsung, siapa yang faham tu faham lah, siapa yang tak, entah la.

Ini buat semua:
Prom

Dalam mindaku, aku percaya kamu,
Dalam hatiku, aku sayang kamu,
Kamu tahu segala cita,
Kamu pegang semua rahsia.

Kamu pun tahu aku ada rasa,
Tiga tahun memendam rasa,
Tiga tahun menahan siksa,
Tiga tahun aku berahsia,
Semuanya hanya sia – sia.

Aku tahu, aku bukan siapa,
Aku tahu, aku tiada nama,
Aku tahu, aku tidak sempurna,
Tapi dia hanya teruna.

Esakkan aku kini memori,
Luahan ini tak mungkin kau mengerti,
Mungkin kerana aku suka bermisteri,
Mungkin juga aku suka sendiri.

Hari itu memang dinanti,
Hari itu yang aku idami,
Hari itu aku tak pergi,
Hari itu aku mula membenci,
Luka in sudah tak dapat diubati.

Tapi benci itu masih aku sayang,
Orang itu masih aku kenang,
Walau hati dicarik, di robek,
Mungkin ini adalah takdirku.

-mungkin Ieja yang silap tak beritahu secara terangan, mungkin Ieja silap suka pada yang berpunya. Tapi sekarang Ieja dah lupakan perkara ini, hanya perit itu tetap ada.

Sunday, June 7, 2009

Practical

Enam bulan.
Aku mencari.
Enam bulan.
Aku menunggu.
Mengapa tiada jawapan lagi?

-kenape tak de pape reply lagi??? aku dh cuak ni...

Friday, June 5, 2009

Mimpi



Wah, disebabkan sebelum tidur semalam aku berada di ‘cloud nine’, mimpiku pun agak fantastic malam tadi… Mekasih kamu… hihihi, you’ve made my day. Apa yang aku mimpi? Meh sini nak story. Tapi shhh… jangan sampai orang itu tahu… Malu la Ieja nanti.

Ade orang kata jangan beritahu mimpi kita nanti takut tak menjadi nyata. Tak pe… memenag Ieja tak nak dia jadi nyata pun… takutt…

Penceritaan Mimpi


Gelap, sekeliling aku gelap. Sejuk. Sangat sejuk macam pijak snow di Minnesota pada bulan December diSubuh hari. Pedih kaki memijak, berat rasanya lutut menampung beban. Angin panas bertiup di tengkokku. Meremang segala bulu roma. Entah mana la pulak datang si angin panas itu.

Tiba – tiba panas. Badan aku panas. Seperti didakap. Seperti disayang. Aku buka mataku luas – luas. Mimpi bodoh itu lagi. Mimpi yang aku kesorangan kesakitan menunggu masa. Tapi kali ni aku bukan berseorangan. Yang anas itu adalah mereka. Yang mendakap aku itu adalah dia.

Yang sejuk itu adalah Air-Cond. Yang panas terasa tu sebab mereka mengerumun melindungi aku dengan ayat – ayat yasin. Yang panas di tengkuk aku adalah airmatanya. Yang memegang aku adalah dia. Lembut benar suara mereka membaca. Sedap betul dengar. Macam tak nak bangun.

Bila aku tanya kenapa macam ni? Kenapa aku kat sini? Kenapa semua sedih. Semua senyap. Semua tunduk. “Maaf.” Itu je yang yang keluar dari mulut dia. Ia tarik aku, dia peluk kuat. Macam aku nak je tinggalkan dia. Aku tak nak. Aku sayang dia. Aku sayang mereka.air mata mereka semua meleleh, aku tak tahu kenapa. Sedih? Gembira?

Persoalannya kenapa mereka disitu? Mengapa aku disitu? Tapi kali ni indah sebab mereka ada. Kali ni indah sebab sentuhn mereka aku rasa. Aku tak keseorangan lagi! Aku sayang kamu semua.
Penceritaan Mimpi


Siapakah mereka? Hmmm… ni yang aku malu… biar hanya mereka yang tahu…

-ieja-

Untitled lagi

Dulu,
Telah kau cairkan hati batu ini,
Telah kau pecahkan hati crystal ini,
Apa lagi yang kau mahu?
Apa lagi yang kau hendak?

Kini,
Kau mahukan balik hati ini,
Kau tawan balik jiwa ini,
Mengapa mesti kau mengorek luka itu?
Mengapa harus kau mendarahkan kembali hati ini?

Mengapa?

-ini bukan rasa hatiku ketika ini, tapi suka juga nak tulih...
-Ieja sangat happy!!! mengapa? kenapa? hmmm... itu rahsia kami berdua... eceh...

-ieja-

Thursday, June 4, 2009

Cintaku Tertinggal diPasar Seni

Sedih rasanya nak meninggalkan banggunan Pasar Seni pada hari Ahad lepas(May 31). Itu lah kali pertama Ieja menjejakkan kaki diPasar Seni. Perjalanan mulanya bertemankan ayah dan ibu dan kemudian ditemankan pula oleh dua jejaka gagah (walaupun Pa’an demam). Tak sangka yang Zarith juga ada. Hari itu merupakan hari yang indah dan sangat sangat susah untuk dilupakan.


Tiga Venus


Bila si tiga venus bersuara, Ieja bagaikan diapung, diawang awangan… indah, sempurna, awesome… Tapi aku sedih, bila aku nampak wajah si ‘pameran’ itu, perasaan tiba – tiba menjadi gugup. Adakah ini phobia? Mungkin juga… mungkin aku hanya terlalu mementingkan perkara remeh.


si encik 'pemeran' itu

Entah mengapa, hari tu hati aku jadi lembut sikit, berapa kali entah rasa panas and pedih mata, but nak tunjuk keras, tak jadi nangis… But it was one of the best days of my life and a day to remember… Thank you kawan – kawan…

Kalau ada rezeki kita pergi lagi tahun depan ye…

P/s: thanks to my uncle for the video cammy…