Friday, May 8, 2009

Anak Seni Universiti Tenaga Nasional

Setelah sekian lama, hari ini berjumpaku kembali dengan sesuatu yang sangat dekat dengan hatiku. Sesuatu yang telah menolongku mengharungi zaman Foundation-ku di UNITEN, menghilangkan rasa takut serta tempat yang manusianya telah menjadi rakan-rakanku yang sangatku sayangi. Abang – abang yang mengajarku yang gamelan itu bukanlah Game Land dan akak – akak yang mengajarku yang teater itu bukanlah hanya untuk bangsawan. Terima Kasih Semua.

Sering aku bertanya kenapa aku tinggalkan kelab yang banyak membantuku ini, kenapa tinggalkan sesuatu yang aku amat sayangi? Jawapannya adalah hati. Ah, bila di ingatkan kebali, tindakkanku adalah suatu yang bodoh! Bahalul! Sekarang, aku ingin kembali, mahukah mereka menerimaku kembali? Sanggupkah mereka?

Buat abang serta kakak ASTENAku maaf kerana tidak jujur dengan diriku. Buat diriku, sekali dapat dimaafkan, kedua dan ketiga; tindakkan yang tak rasional. Insyaallah aku akan kembali kepada ASTENA semula tak lama lagi. Aku rindukan pentas Dewan Seri Sarjana. Aku rindu akan rakan – rakanku. Aku rindu akan seni.

-ieja-

1 comment:

  1. Sesungguhnya hidup kita ini juga adalah satu kesenian. Selamat kembali ke pangkuan ASTENA. Anda melakukan satu keputusan bijak untuk kembali.

    Eh, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya! Hehehee..

    ReplyDelete