Wednesday, May 27, 2009

Untitled

Kehadapan bintang jatuh,
Yang terselepuk, terhumban dalam lembah nista,
Usah kau kesat deraian air matamu,
Jangan kau bangkit dari lamunan bangangmu,
Dengarlah segala caci maki mereka,
Jangan sekali kau baiki dirimu,

Oh bintang jatuh,
Kita semua diperangkap,
Kita semua ditipu,
HAnya kau yang tidak menggunakan akalmu,
Membaca dan meneliti helah yang dilakukan,
Mentafsir, mendengar kata duata yang di laungkan,
Namun ini bukanlah salah mereka,
Ini bukan dosa mereka,
Mereka hanya menunjuk arah,
Mereka hanya memberi jalan,
Tak mereka tahu akibatnya,
Tak mereka hirau akan akibatnya,
Tak mereka kesah akan azabnya,
Ini pilihan kau,
Ini jalan kau,
Ini tuju yang kau pilih,
Ini perjuangan kau,
Ini perperangan yang kau pilih,
Tiada yang menolak,
Tiada yang memaksa,
Mereka hanya berkata,
Mereka hanya mencuba,
Ini hidup kau, tujuannya kau yang tentu,
Perjalanan hidup kau, hanya kau yang tahu,

Hoi bintang jatuh,
Mana pergi idealogi basi kau?
Mana hilang fahaman lapuk kau?
Mana janji palsu yang pernah kau tabor?
Mana harta berjuta yang kau hebohkan dulu?
Mana kawan?
Mana rakan?
Mana pengikut yang kau banggakan dulu?

Sudah sudahlah bintang jatuh,
Usah kau hiba lagi,
Biarkan yang berlalu itu pergi,
Bangun dari tidurmu,
Bangkit dari lenamu,
Biarkan masa lampaumu dalam kenagan...

p/s: Thanks ZA for being the inspiration of this poem... (=

Sigh...

Huermm…
Pagi esok… eh silap pagi sat ni nanti nak pergi Terengganu… Tiga hari…
Tiga hari tanpa internet,
Tiga hari tanpa alam maya,
Tiga hari tanpa YouTube, Facebook dan Blogger,
Tiga hari tanpa Mr. Ciggie and Mr. SM (nama panjang taley letak… ada orang perasan…)
Waaa… sanggap gua cam ni beb…

Checklist sebelum pergi…
iPod… Check,
Phones… Check,
Camera… Check,
Clothes… Check,
Laptop… Check,
Kunci… Kunci nak buat apa… Haih…
Hwaaaa… Internet… Me love you…
Tu je… nak ngade… huhuhu…

Sunday, May 24, 2009

Laungan untuk Kamu

Jauh kaki melangkah,
Luas pengalaman meniti,
Banyak mata menyaksi,
Gaban dosa ditongkah.

Bila akan hilang?
Bila akan habis?
Kapan akan dihenti?
Kapan akan kau sedar?

Wahai rakan,
Wahai taulan,
Inikah yang kau gelar sahabat?
Inikah yang kau panggil dunia?

Bukalah matamu,
Terangkanlah hatimu,
Kawan, aku rayu,
Kawan, aku sayu.

Sampai bila sahabat?
Tika kapankah akan kau berubah?
Bila kan kau sedar?
Perjalanan kita masih jauh,
Waktu kita makin singkat,
Jalan kita makin terhad,
Bangunlah wahai kawanku,
Bangkitlah.
Bangkit dengan harapan untuk berjaya…


-ieja-

Friday, May 22, 2009

Gadoh!

13 Mei 1969 menandakan noda hitam di banyak jiwa rakyat Malaysia yang telah mengecapi nikmat hidup pada masa itu. Terutama sekali rakyat yang berbangsa Cina dan Melayu. Titik hitam ini juga dibangkit – bangkitkan apabila suatu perkara yang kurang menyenangkan terjadi. Mengapa? Mengapa masih menambah bara pada api yang semakin padam?

Filem Gadoh mengetengahkan isu pergaduhan antara kaum, terutama diantara Melayu dan Cina. Kasar sekali bahasa yang digunakan namun ini reality. Apa yang patut kita tahu, ini bukan filem untuk tontonan untuk mendapat keriangan. Banyak yang dapat dipelajari menerusi filem ini.

Lakonan hebat dari barisan pelakon – pelakon yang handal menyenangkan lagi penyampaian penceritaan ini. Syabas saya ucapkan pada Gadoh… Harapnya lebih banyak filem sebegini akan ditayangkan lagi. Isu sensitive boleh diterima jika di bawa dengan betul…



Me and the poster


Me and the director


gambar gambar lain disini.

Thursday, May 21, 2009

Penting kah??

Entah apa yang pusing,
Entah apa yang runsing,
Kepala aku dah pening,
Tiap apa semuanya penting,
Bukan aku tak ambil pusing,
Semua tajuk buat diri ini runsing,
Dah tak larat, Otak ni dah pening,
Suara aku ni bukannya penting.

Matahari kian menyinsing,
Hoi kawan – kawan, kita bukan orang asing,
Mengapa perlu hanya ikut otak masing – masing,
Jom bersatu, KITA juga PENTING!

-Okay, ni ditulis pada jam lima subuh... ni la yang terjadi bila cuti panjang sangat... malam dah tak tidur... hehehe...

Mulanya nak mula dengan yang ini tapi macam tak berapa kena...

Tak lelap mata berkerdip,
Tak endah telinga dikelui,
Mata pena galak berdansa,
Entah apa yang nak dilaungnya,
Kekunci pula ditojah - tojah,
Tiada pula bait yang indah.

-so tak jadi... hahaha...

-ieja-

Friday, May 15, 2009

Salam Hari Guru

Pelbagai panggilan dilontarkan pada dirimu,
Ada sir, adanya madam,
Ada cikgu, ada juga teacher.
Tak pernah kau jemu melayan telatah anak – anakmu,
Tak pernah kau herdik,
Tak pernah kau hina,
Walau seteruk mana diperkata,
Walau sehebat mana dicerca.
Kau menghabiskan hidupmu bagaikan lilin,
Tak pernah merungut walau sekali,
Bagaikan pelita kau membakar dirimu,
Hanya untuk mendidik kami,
Mengajar kami erti hidup,
Memberi kami ilmu untuk menjalani sisa hidup kami.
Terima Kasih wahai pengajar.
Salam hari guru dari pelajar ini…

-nukilan kecil dari hati...-

-ieja-

Wednesday, May 13, 2009

Fanatik - KRU

Melayan perasaan sambil kehujanan membawaku kembali pada zaman aku di sekolah rendah. Lagu – lagu KRU berputar dicorong – corong radio sebagai mana lagu – lagu hot zaman kini di putarkan. Namun sedar tak sedar, lagu dizaman itu adakalanya menyindir secara senyap. Pada takat ini, aku merasakan yang lagu ini amat sesuai untuk extremist muda – mudi. Dengar – dengarkanlah.


credits to pizzafiza8 from YouTube


Cuba hayati lirik lagu ini.

Ke tepi, ke tepi gergasi sudah kembali
Menerap revolusi tergempar industri
Dari 92 hingga 7 tiba
Perjuanganku aku akan tetap terus bersama

Kini irama bertahta membina empayar
Program utama untuk menakluk dunia
Tak gentar dengan misi walaupun kontroversi
aku rela mati dari hidup penuh hipokrasi


Setengah dekad daku mengembara
Setengah nyawa telah diduga
Namun tetap teguh bersama
Iramaku tak akan mati
Selagi membara semangat ini
Ku laung ku kibarkan panji
Semua punya misi sendiri


Antara permata dan kaca
Terpulang pada penilainya
Namun satu seni itu
Subjektif pada individu

Kadangkala gersang di jiwa
Tertekan dengan isu propaganda
Ada yang mengaku wira
Tapi sebenarnya gila

Semuanya fanatik
Fanatik, fanatik
Fanatik
Fanatiknya duniaku

Segalanya fanatik
Fanatik, fanatik
Fanatik
Fanatiknya duniaku
Ku katakan oh...

Jangan di sini oh jangan di sana
Mengapa ada saja tak kena
Bukakanlah mata bukakan minda
Dunia lebih daripada pancaindera

Di sini dan satu negara

Iramaku terus bergema
Mana saja ku berada
Terima kasih pada semua
Biar apa kata mereka
Engkau dan aku tak perlu gusar
Moga mereka kan sedar
Diam adalah pintar


Na na na na na
Kita tak perlu gusar
Na na na na na
Diam itu pintar
Na na na na na
Kita tak perlu gusar
Na na na na na
Diam itu pintar

Di belakangku kumpulan bersatu...DANCEKRU
Intro INDIGO dan juga ELITE
Melangkah maju ke arah irama baru
Agresif, elektif agar mereka tahu
Tak berundur berganjak walau setapak
Selagi DJ memutarkan rentak
Seluruh Asia kini terasa mania
Berdentum rancak gendang bergegar
Bersatu padu itulah ikrar
Rasakan kuasa tenaga muzik sebenar


Apakah yang mereka ingin katakan? Apakah anak muda generasi kita ini terlalu taksub dengan gaya pemikiran sendiri? Renung - renungkanlah...

P/S: Video clip yang first tu dah kene buang diYouTube, and the user pun kene suspend. Due to terms of use violation katanya... agak kabur video diatas ni but yang penting tu lirik dia bukan abang - abang hensem yang dok nyanyi tu ye... (5/22)

Tuesday, May 12, 2009

Salam Hari Ibu

Ibu,
Tika air mataku mengalir,
Tanganmu yang menyekanya,
Tika senyumku diukir,
Tiada kamu untuk berkongsinya.

Ibu,
Tika masalah menyelubungi diri ini,
Dirimu daku hubungi,
Tika kegirangan melitupi hati ini,
Dirimu tak pernah disisi.

Ibu,
Ampunkan segala khilafku,
Maafkan semua kejahilan laluku.

~Salam Hari Ibu, Umi~


-puisi ini ditulis dalam masa sepuluh minit dan mendapat tempat kedua didedikasi Hari Ibu tempoh hari... Tapi baru hi ini ieja perasan yang ieja lupa nak post... Huhuhu...

-ieja-

Saturday, May 9, 2009

Penyelamat Hidupku

Pemikiran itu lagi.
Aku benci.
Aku benci dengan pemikiranku.
Mujur dua jejaka menerjah aku.
Menghalang aku dari menodai diriku sendiri.
Menghindar aku dari dosa teragung yang boleh aku lakukan.
Mujur dua manusia yang dalam tak sedar menyedarkanku.
Mujur dua ejaka ini dalam tak kenal memberiku cahaya untuk terus hidup.
Aku takut.
Aku takut dengan diriku.
Apa yang akan terjadi jika mereka tiada tadi?

Maaf aku tak berdaya lagi.
Maaf aku tak mampu menahan lagi.
Abg Ciggie dan Abg Sexy Mole,
Sekali lagi, Terima Kasih kerna menenangkanku.

Luahan Diatas Bumi

Terik matahari menjilat kulitku, mengambil suatu langkah yang besar untuk tidak duduk memerap dirumah. Benci? Suka? Bosan? Entahlah, macam diri ini sendiri tidak tahu akan apa kehendak hatiku. Apa yang aku harapkan? Aku sendiri tidak tahu. Ya Allah. Tolong lah diriku yang buntu ini…

Friday, May 8, 2009

Nukilan Dikala iPod Kekeringan Bateri

Hasil nukilan picisan diatas bus ketika rombongan volunteer anak angkat ke Janda Baik, Pahang. Penulisan ini tiada kena mengena dengan perasaan mahupun dengan sesiapa sama ada yang telah meniggal dunia mahu pun yang masih bernyawa.

Karya picisan ini hanyalah untuk mengisi masaku didalam bas ketika itu.

Dalam diam kasih terjalin,
Dalam gundah cinta berputik,
Dari mula persahabatan dipupuk,
Dimanakah hatikku kau sorokkan?

Mengapa kau menghilang, senyap seribu bahasa,
Tidakkah kau tahu jiwaku kosong tanpamu,
Bagaikan mayat bernafas aku berkeliaran,
Hanya untuk mengharapkan secebis ingatan darimu.


-ieja-

Anak Seni Universiti Tenaga Nasional

Setelah sekian lama, hari ini berjumpaku kembali dengan sesuatu yang sangat dekat dengan hatiku. Sesuatu yang telah menolongku mengharungi zaman Foundation-ku di UNITEN, menghilangkan rasa takut serta tempat yang manusianya telah menjadi rakan-rakanku yang sangatku sayangi. Abang – abang yang mengajarku yang gamelan itu bukanlah Game Land dan akak – akak yang mengajarku yang teater itu bukanlah hanya untuk bangsawan. Terima Kasih Semua.

Sering aku bertanya kenapa aku tinggalkan kelab yang banyak membantuku ini, kenapa tinggalkan sesuatu yang aku amat sayangi? Jawapannya adalah hati. Ah, bila di ingatkan kebali, tindakkanku adalah suatu yang bodoh! Bahalul! Sekarang, aku ingin kembali, mahukah mereka menerimaku kembali? Sanggupkah mereka?

Buat abang serta kakak ASTENAku maaf kerana tidak jujur dengan diriku. Buat diriku, sekali dapat dimaafkan, kedua dan ketiga; tindakkan yang tak rasional. Insyaallah aku akan kembali kepada ASTENA semula tak lama lagi. Aku rindukan pentas Dewan Seri Sarjana. Aku rindu akan rakan – rakanku. Aku rindu akan seni.

-ieja-

Thursday, May 7, 2009

Maaf

Maafkan diriku wahai teman, jika tersilap kata, tersalah langkah. Aku sedar bibirku tiada insuransi, tapi akuu sedang mencuba untek memperbaiki diriku. Aku sedar slagi aku tidak mengubah bibirku, tidak mengajarnya santun kemelayuan, tiada yang akan merapatiku. Tapi percayalah, bukan aku sombong, bukan aku memilih kawan, aku cuma takut.

Rakan, mungkin aku memaparkan diriku sebagai seorang yang agak kasar, seorang yang tegas itu semuanya lakonan untuk mata kalian. Aku sebenarnya takut. Pengecut. Satu satunya tempat yang membuat aku rasa diterima seadanya adalah di jaringan ini, dan bukan direaliti. Aku dapat membina dan membuat diriku sebagai mana yang aku mahu, aku dapat bercakap tanpa perlu gagap.

Buat yang telah tersinggung, Maaf. Buat yang telah merasai dirinya diganggu juga,Ampun.

-ieja-

Buntu

Kekunci ditekan tekan
Tiada kata dapat dihasilkan
Buntu! Aku buntu!
Aku takut, aku malu akan pemikiranku sendiri,
Aku sedih dengan kecetekan akalku,
Aku hiba dengan pertimbangan dalam kata kataku terdahulu.
Aku benci! Aku benci!
Dengan apa? Aku sendiri tidak tahu.

-suatu rangkap untuk menolong leloloskan kebuntuan kata-kate dalam akalku-

Wednesday, May 6, 2009

Selamat Tinggal Segalanya

bila dirasa disishkan oleh dunia sekali lagi, inilah yang kusering rasa...

Ada kala di hari yang bingit,
Terasa amat sunyi. Sepi.
Ada kala di hari yang senyap,
Terasa amat bising. Girang.
Namun hanya dikala itu kita ingat,
Hanya dikala itu kita dilihat.
Pada kala lain dimanakah kita?
Pada kala lain hilangkah minda?
Ah, hati kering,
Minda kosong.
Biar aku sendiri lagi.
Biar aku kesepian.
Tak siapa boleh aku lukai.
Tak siapa akan terkilan lagi.
Selamat tinggal kawan.
Selamat tinggal sahabat.
Selamat semuanya…

Pra Kata

Hidup ini terlalu indah untuk disiakan. Namun, hidup ini terlalu senang untuk diabaikan, diabdikan kepada yang tak mungkin akan dapat dicapai, malah sesuatu yang impossible yang kita agungkan. Mengapa? Mungkin kerna yang impossible itu pernah dicapai, hanya kita yang tersangkut, terlalu malu, terlalu ego untuk meminta bantuan. Mungkin juga kerna yang imposible itulah sebagai pembakar semangat.

Blog ini dihasilkan bukan kerana cita dan bukan juga kerna paksa. Ieja hanya ingin mencuba. Menerima cabaran, memikat pandangan… Walau terbiasa menulis dalam Bahasa Inggeris, hampir melupai bahasa ibunda sendiri. Walau masih boleh bertutur serta membaca, namun tiada indahnya. Maka kini terhasilah blog ini. Blog untuk memperbaiki tutur bahasa serta mengindahkan lagi kosa kata.

Harapnya dengan bantuan serta sokongan rakan rakan serta yang lain, blog ini akan terus hidup dan bercambah. Disini akan tercipta bait bait kasar serta kata kata indah yang lahir dari hati, dan harapnya diblog ini juga akan terjalin persahabatan baru serta mengukuhkan persahabatan lama.

Tapi, blog asal saya takkan saya tinggal; kenangan bersama blog dan kemahiran saya pada masa ini masih dalam bahasa Inggeris. http://iejazen.blogspot.com/

Sehingga sini dulu pertemuan kita, dengan izin yang maha esa, akan kita bertemu dalam post yang hadapan.

Coretan minda,
Ieja.