Sunday, November 29, 2009

Blog Baru...

Hehehe....

Ieja akan buat semua review dan raves about new things and what not over there I mean sini. Please do spend a little of your time over that blog. It would be a little more interesting than here kot... Maybe...
hehe...

anyways, there's a new review about New Moon and here's a taste of it... :)

...I want to make this one little comparison that are going to make all my Twilight friends hate me but it’s worth the risk. Watching New Moon was like watching a Malaysian made movie Karaoke...

...The score, the song behind the story and the timing of every little detail was impeccable compare to...

Love,
-ieja-

Tuesday, November 17, 2009

Vampires and Me

Okay ieja memang gila ngan vampires since I am well, since i could read kot... Oh, no since I watch Buffy the Vampire Slayer buat kali pertamanya... So over the years, byk sangat vampires yang ieja dah ikut dan mimpikan... So... ni my top 20 Vampires... ok list ni copy paste ngan my other site... So me dh malas nak alih bahasa...

20) Godric (True Blood) – He’s sexy and all but he’s just a tad bit old. He is more than 2000 years old (makes you wonder does he know how to google?)

Godric played by Allan Hyde

19) Emmett Cullen (Twilight) – just not a fan. ‘Nuff said.

Emmett played by Kellan Lutz

18) Roderick 'Rod' Justin Farrell (Vampire Clan) - Not the best attempt, he was better off as Chris in Charmed

Rod played by Drew Fuller

17) Marius de Romanus (Queen of the Damned) - Umm...

Marius played by Vincent Perez

16) Angel (Angel) - Vampire with a soul... *sweet smiley face*

Angel played by David Borenaz

15) Bill Compton (True Blood)

Bill played by Stephen Moyer

14) Edward (Daybreakers)

Edward played by Ethan Hawke

13) Eric Northman (True Blood)

Eric played by Alexander Skarsgard

12) Dracula (Dracula 2000) - He's Gerard Butler... He sings, dance and apparently a Vampire... yum...

Dracula played by Gerard Butler

11) Josef Kostan (Moonlight) - He's rich.. muahaha

Josef played by Jason Dohring

10) Lestat De LionCourt (Interview with the Vampire)

Lestat played by Tom Cruise

9) Louis de Pointe du Lac (Interview with the Vampire)

Louis played by Brad Pitt

8) Vampire Armand (Interview with the Vampire)

Armand played by Antonio Banderas

7) Mick St. John (Moonlight) - A personal private investigator... *drools*

Mick played by Alex O’Loughlin

6) Spike (Buffy the Vampire Slayer) - What can I say... He's a rock star... and he writes poetry... (here's the part you all go awww..)

Spike played by James Marsters

5) Lestat De LionCourt (Queen of The Damned) - Irish, cool, rock star and yummy...

Lestat played by Stuart Townsend

4) Edward Cullen (Twilight) - it sort of felt wrong to leave him off...

Edward played by Robert Pattinson

2) Stefan Salvatore (Vampire Diaries) - Tall, dark and brooding... Oh baby, oh baby... turn me now... please, please.. I beg of you...

Stefan played by Paul Wesley

2) Jasper Hale (Twilight) - It just felt right for him to be here... army and all... ngeee...

Jasper played by Jackson Rathbone

1) Damon Salvatore (Vampire Diaries) - What else do you need when you have Damon? Heh... Ian marry me...

Damon played by Ian Somerhalder


Okay, now bash me, like me, hate me... Who cares, bite me... ahaha...

Love,
-ieja-

Saturday, October 17, 2009

Pasca dua satu



Seperti baru sudah
Lilin enam belas aku tiup
Perasaan manis dan pahit
Lima tahun dah berlalu
Sahabat, rakan, kawan dan taulan
Beransur pergi dan sampai
Aku juga yang masih disini.

Entah bila akan aku pula yang pergi
Bertukar, menimba dan menambah ilmu
Merantau, mengkaji dan mengexplore tanah rantauan
Aku masih disini.

Aku tahu bukan senang nak capai mimpi
Aku sedar yang mimpi tak bawa kemana
Aku mencuba
Aku terus mencuba
Akan hasilnya aku tunjukkan nanti
Hanya aku bimbang
Aku takut
Meninggalkan tempat ini.

Sebenarnya mungkin aku juga keliru
Aku mungkin juga tak tahu apa yang aku mahu
Mungkin juga aku hanya inginkan mimpi itu
Mimpi yang takkan aku capai kalau
Aku masih disini.

Mimpi itu senang
Cita itu mudah
Nak capai itu tak mustahil
Hanya kerja itu yang sakit
Bukan untuk beralasan
Untuk terus disini.

Tapi reality tak mungkin bertemu fantasi
Mungkin akan terjadi
Tapi bukan dalam masa ini
Bukan dalam pra dua lima
Tidak untuk
Waktu ini...

XOXO
-ieja-

Wednesday, September 30, 2009

Fiksi Baru

Kadang - kadang,
bila music dah tak boleh bagi kita tenang,
menulis adalah sajenis therapy.
Tapi menulis ni even though it's time consuming,
dia bagi sejenis satisfaction yang dengan membuat benda lain tak boleh bagi.

Silent Touch is actually my first full collaboration dengan Cathy Lecuyer. Tak tau lagi macam mana kitorang nak proceed ngan cerita ni but the base of the story dah ada, just bunga - bunga dia je yang tade lagi... and the most important thing is the character's names. tu pun tak lengkap lagi... even main character punya nama pun tak sure lagi...

help us out pleasee...
and thank you...

xoxo,
-ieja-

Friday, September 25, 2009

Karaoke (2009)



Dah agak lama filem Malaysia tak dimashurkan di mata dunia… Malahan, dah semakin berkurangan filem tempatan kita yang dapat menandingi filem – filem luar, baik dari segi technology dan juga perjalanan ceritanya. ‘Karaoke’ is the second filem yang dapat menembusi filem festival di luar Malaysia. The first Malaysian film to enter the international film festivals was ‘Kaki Bakar’, yang ieja pun tak pernah tengok cerita tu.

Sebenarnya, ni pertama kali ieja nak buat review filem melayu, dalam bahasa melayu… so pardon my language… =)

Masa ieja tengok cerita ni, benda pertama yang terdetik di hati ieja was ‘filem ni ala – ala filem ‘Gerry’. Walaupun jalan cerita serta motif yang berbeza, ada banyak persamaan antara cerita ini. Permulaan yang membingungkan, lack of narration, and painstakingly beautiful placement of the camera at odd angles.

Sampai ke sudah, ieja (maybe as a result of lack of artsy background) tak tahu motif serta mesej yang ingin disampaikan oleh filem ni. Just that I felt the whole picture (the entire film as a picture) was painted very gracefully yet abstract. Kemungkinan mesej yang ingin disampaikan ialah:-
1. Naluri seorang ibu adalah sangat kuat (Mother knows best)
2. Dendam itu akan memakan diri
dan
3. Hidup mesti kedepan dan hidup tak boleh berpegang hanya pada memori.
Tapi yang best tentang filem ni is the way the story is being told. Macam hidup, kita tak boleh nak grab segala yang kita nak, kita kena buat pilihan. Tak ada pilihan yang betul atau salah hanya ada pro dan contra diantara pilihan – pilihan yang boleh dibuat tu.

Yang tak best about this film is that the fact that it lacks narration and story flow yang amat slow. If it was not for the great camera angles, I know I would have dozed off… okay, maybe cara ieja review cerita ni agak kejam, but this is what I felt while watching the film. Don’t be discouraged to watch it though.

Another nice thing about this film is the karaoke videos itself. Video tu disusun dengan cara kalau dia tak kontra dengan scene, dia akan jadi element sinis kepada scene tu. Lagi satu timing lagu, shot dan perkataan yang disebut, sama ada dalam video karaoke ataupun score cerita ni sangat awesome. Wsalaupun shot tu Nampak cam very laidback and amateur, tapi timing dia seakan – akan tak dibuat – buat dan perfect.

Tentang pelakon pulak, ieja amat suka akan lakonan Mislina. Dia macam tak berlakon, she was very fluid in the movie, but at times awkward. Macam dia memang character tu dalam dunia sebenar. Pelakon yang lain – lain tu, entah, tapi lakonan Betik (Zahiril Adzim) dan Bak (Hariry) agak kaku, maca terlampau control. Mungkin itu memang yang dikehendaki oleh director, itu ieja tak tau la kan… but Mislina memang best. Nadiya agak okay, tapi scene dia agak sikit. But she was fine not Mislina’s level of good yet but getting there.

So overall, cerita ni is a good try. Good job to Chris Chong Chan Fui for being the second Malaysian director to penetrate International film festivals. If the rating were up to me, ieja akan beri 3 daripada 5 bintang (the song was awesome so maybe 3.5). But don’t let this little (slapdash and inexpert) opinion poison your mind. Pergi tengok film ni yang akan ditayangkan dalam bulan November nanti (akan di advertise disini kelak) dan buat penilaian sendiri.

Peace…



Post Screening Discussion


Love
-ieja-

Monday, September 7, 2009

Theater aside, Football season is BACK!



Ye ye, saya tahu, saya tahu... in pemikiran yang amat dijajah... lalala... hahaha... but it’s sports, bite me... bola dan wanita adalah seperti perkataan yang amat bertentangan tapi bukan pada zaman ini... Futsal, Bola sepak Wanita, Touch Rugby (Ragbi Pegang... lalala), Co-ed Rugby (Ragbi csampuran... tapi tiada perlawanan professional), Touch Football (juga dipanggil Ragbi Pegang, sebab guna bola American Football dan bukan bula bulat bola sepak) dan banyak lagi… Wanita dan bola adalah perkataan synonym sekarang ini… =D

Tapi yang cantiknya tentang American Football ialah semangat penyokongnya… Semangat diorang mengalahkan pemain itu sendiri… walaupun pada pendapat ieja American Football ni tak sekental Rugby, tapi permainan ini sangat mengasyikkan… Susun atur stategi diantara pasukan offence dan defense serta taktik – taktik yang digunakan untuk menembusi lapangan touch-down lawan adalah sangat cantik… kalau bola sepak (sebut: soccer) mempunyai 2 (dua) team dalam satu perlawanan, tetapi dalam American Football ada 4 (empat) team dalam satu perlawanan… dua offence team dan dua defense team… defence akan melawan offence dan offence akan melawan defense (ie. Defense A vs. Offence B / Offence A vs. Defense B)… tak akan ada masa yang kedua – dua defence atau kedua – dua offence akam menentang satu dengan lain.

Game pertama musim ini akan diadakan di Pittsburgh yang akan menyaksikan perlawanan diantara Titans dan Steelers… Dimana kedua – dua pemegang tapak pertama dalam divisyen masing – masing (Tennessee Titans [AFC South], Pittsburgh Steelers [AFC North])… Tayangan di NBC (harap – harap ada kat Astro nanti) pada jam 8.30 pm (2030 hours) Eastern Daylight Time, 10 September 2009 (Thursday). Which means roughly around the same time Friday in Malaysia… weeee… harap – harap ada la chance nak tengok…


vs.



Ramalan peribadi: Steelers akan mendahului dengan at least 2 touch-down and one goal kick (17 points lead)… heh… bukan ramalan professional ye… tapi memang ramalan Steelers akan mendahului… harap ramalan peribadi ni dekat la… haha…

Okay la… mahu beradu sebentar sebelum sahur kejap lagi… nanti akan di update lagi… =)

Love
-ieja-

Sunday, August 30, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA?








Alhamdulillah sudah 52 tahun Malaysia Merdeka.
Aku? Lahir, lahir memang dah merdeka dah... nak masuk 21 tahun ieja hidup. 21 tahun tu memang dah merdeka. Aman damai, tade peperangan, tade apa pun... tapi persoalannya, MERDEKA kah kita sebagai individu?

Kalau di tanya erti Merdeka. Even ieja pun akan menjawab kebebasan dari penjajahan. Tapi adakah kita betul – betul dah Merdeka? Adakah kita betul – betul bebas dari penjajahan? Secara luarannya, mungkin YA. Secara kasarnya la... untuk 20 tahun, ieja betul – betul yakin yang kita ni semua memang merdeka... ieja akan membangkang secara halus (merajuk, kalau orang kata sebaliknya. =P ye aku manja! Sue me... >:P)

Lepas didedahkan dengan sejarah Malaysia (bukan sejarah Malaysia yang kat sekolah tau,sejarah sebenar yang dibaca dari memoir dan bacaan yang lebih boleh dipercayai), perasaan ragu itu ada. Ya, Malaysia MERDEKA. Itu tak di nafikan, tapi adakah rakyat Malaysia itu sendiri merdeka?

Tafsiran Merdeka yang pernah diajar suatu ketika dulu ialah, bebas dari sebarang ancaman serta bebas dari pemerintahan penjajah. Bebas dari sebarang ancaman ialah aman dan tenteram kan? Memang majority masa di Negara ini aman dan tenteram, tapi ada juga ancaman dan pergolakkan yang meragukan statement ini. Antaranya adalah:-






Artikel – artikel ini juga membuat ieja terfikir. Membuat ieja tertanya. Nak korek balik semua artikel memang malas, since kerja lain pun melambak depan mata ni, so, ni links yang ieja last read…
Negaraku: Bukan Identiti Malaysia dan Anak Bangsa Malaysia by Faisal Mustaffa.

Lagi satu yang menyebabkan tertulisnya entri ini iala disebabkan oleh cerita 1957:Hati Malaya. Soalan pertama yang ditujukan to me masa ieja kata nak tengok cerita tu. “Sejak bila plak adik tengok cerita Melayu macam ni?” soal my brother and my mom yang jawab, “Mesti ada salah satu budak teater tu kan… Tu yang nak sangat tengok.” Jawapan aku? Hanya senyuman. Walaupun dalam hati memang pun. Lalala… tapi ada juga terfikir disebabkan interview ni. ieja just nak tahu, which part yang dikatakan glembong tu. Memang ada. Seperti yang dikatakan, cerita ni bukan lah 100% facts, instead, its factual fiction, atau dalam erti kata lain, ia sebuah cereka rekaan berdasarkan fakta yang minimal.

Ieja bukanlah pengkritik filem, atau pengkaji sejarah (sejarah Malaysia masa SPM pun cukup makan je), and ieja rasa, cerita ni bukan untuk menceritakan sejarah itu sebagai 100% pengajaran sejarah, cukup sekadar menyedarkan masyarakat tentang perjuangan orang dulu – dulu dalam memperjuangkan keamanan Negara tanah tumpah darahku ini. Motif tengok cerita ni? Cuci mata… Lalala… naseb malam, kalau tak mau batal puasa aku tadi… =P

Tapi dalam dok cuci mata tu teringat pulak tentang 1Malaysia. Ni pun pendapat ieja la. Konsep 1Malaysia ni dari observation yang ieja lakukan, bukan lah concept yang baru, even before Merdeka lagi this concept dah cuba untuk dilakukan. Tapi 1Malaysia ni seolah – olah satu nafas baru untuk melenyapkan isu perkauman. Satu concept yang baru dinaikkan semula. Kenapa? Tu, ieja tak pasti.

Memang ieja tak menafikan yang ieja ni memang buta politik. Ieja ni kurang mengambil tahu, hanya bila perlu je. Tu pun sebab nak strengthen my language by reading… lalala… ye ieja suka baca paper sebab language dia (Sebab sekarang tak da masa nak baca fictions lagi…).

Sebelum ieja mengarut lebih panjang, baik ieja stop disini je la… Salam Ramadhan buat semua yang membaca, dan Selamat Hari Merdeka bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu semua (walaupun 1Malaysia) =P

-ieja-

p/s: Tai nampak kacak, K’n segak dan seperti biasa Azhar Sulaiman dan Rusdi Ramli seperti hebat dalam 1957:Hati Malaya =P a.k.a sebab aku tonton cerita itu… lalala…

Hati

Setelah hari itu aku melihatmu,
Hatiku yang kau pinjam,
Masih belum kau pulangkan.

Bila saja kau pulangkan hatiku itu,
Ianya terus dicuri,
Diambil tanpa aku ketahui.

Biar pun aku tahu siapa yang kejam itu,
Biar pun aku tahu siapa yang mencuri hati ku itu,
Namun aku tak kisah,
Aku hanya biarkan ianya dipegang oleh si dia itu,
Bukan kerna aku tidak kisah,
Tapi kerna aku tahu ianya akan selamat dalam genggaman dia.

-ieja-

"mon cœur, vous êtes porteur de mon âme et la lumière de ma vie..." Andrianne Sophia McCabe

Wednesday, August 19, 2009

Tiada Tajuk

Aku. Bangga. Bertemu. Dia.
Aku. Bangga. Dia. Wujud.
Aku. Keliru. Perasaan. Ini.
Hati. Tolong. Sampaikan. Salam. Ini.
Selamat. Selamanya.

Sunday, August 16, 2009

Review KoKEN : Teater Kompilasi 2

Pementasan teater bukan bangsawan telah diadakan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (Stor DBP), bermula 11 – 16 August, 2009 oleh Rumah Anak Teater melalui Projek Komuniti Kental (KoKEN) : Teater Kompilasi Volume II. Cerita yang pada dasarnya berkisar tentang perjuangan. Perjuangan yang disampaikan dalam bentuk yang amat berbeza tapi untuk tujuan yang hampir sama...

Teater Kompilasi Volume II mengishakan tentang 3 generasi, 2 cerita dalam satu pementasan yang sama… cereka pertama bertajuk ‘Legasi’ hasil nukilan Moizzis R.Cong dan cereka kedua bertajuk ‘Naturalisasi’ nukilan Nam Ron dan diolah semula oleh Fared Ayam.

Pementasan hari pertama untuk kedua - dua pementasan bagi ieja agak hambar. Kesemua pelakon (Tai terkecuali) seolah tidak melakukan persediaan yang cukup. Ada yang tak dengar suaranya, Ada yang emosi tak sampai dan ada yang sebutan yang tidak jelas.

Namun situasi yang amat berbeza dengan pementasan pada hari Sabtu. Terasa segala emosi, tenaga serta penghayatan dari semua pelakon. Perubahan ketara yang paling jelas dapat dilihat pads Noris Ali. Persembahan terbaik tetap digenggam oleh Tai. Mungkin kekuatan wataknya juga banyak mempengaruhi penghayatannya.

Pementasan 'Legasi' mengandungi 4 watak yang dibawa oleh Tai (Cikgu Bahar), Dira (Cikgu Zaharah), K'n (Cikgu Effendi) dan Meera (Suhaila). Dalam kedua - dua pementasan yang ieja hadir, lakonan Tai memang hebat namun part menari tu agak kekok. Either it's a result of lack of practice or lack of dance knowledge. But masa pementasan kedua, the dance was a little better walaupun masih kaku.

Untuk pementasan pertama watak Cikgu Zaharah, Cikgu Effendi dan Suhaila seolah - olah tiada jiwa. Dira, K'n dan Meera seolah hanya menghafal script tanpa mengeluarkan jiwa. Sebutan dari Meera agak samar dan voice projection dari Dira agak low. Namun pada pementasan hari Sabtu malam, kesemua mereka dapat menebus kekurangan itu. Watak Suhaila yang dibawa oleh Meera, seakan mendapat jiwa yang lain, yang lebih terbakar.

Bagi pementasan ‘Naturlisasi’ pula, pementasan hari pertama member kelainan dari segi mempunyai surtitle (macam subtitle tapi diatas). Dengan adanya surtitle ini, ruang untuk pelakon mengubah serta megolah script diatas pentas amat kecil. Maka kalau ada yang terlupa script atau tersilap perkataan, ia boleh dikesan dengan senang. Zahiril Adzim membawa watak Rahmat, Amerul Affendi membawa watak Razman dn Noris Ali membawa watak Nurul. Seperti yang ieja cakap diatas, ieja kurang appreciate the first show, walaupun ieja tak pasti apa yang kurang. Yang ieja dapat point out hanya satu, Noris kurang bersemangat dan suara sama seperti Dira, agak tenggelam. Dalam pementasan hari Sabtu pula, pementasan ni memag best tapi diganggu sedikit dengan deringan handphone. Dan pada pementasan hari Sabtu, tiada surtitle, maka room for improvisation was wider and the play became more interesting.

Walauapa pun, yang penting penonton terhibur dengan pementasan kali ni. Selain tu, banyak jugak ieja dapat pengetahuan tentang sejarah, walau pun bukan directly dari play ni. Dari segi kepuasan menonton, sebagai penonton yang tiada basic teater seperti ieja ni, for the first play i would give 3 stars out of 5 (3/5) and the Saturday’s show around 4 and a quarter star out of 5 (4.25/5). Kenapa ada .25? biarlah itu menjadi rahsia... lalala...

Ini hanyalah pendapat dan kritikan yang diharap boleh diterima sebagai kritikan membina. Ieja memang tiada basic teater, kalau ada pun dah bersarang dan berkarat. Apa yang ieja tulis diatas adalah ikhlas dari hati... harap tak ambil hati la kalau ada pelakon atau sesiapa yang membaca entri ni... :)

p/s: gambar dan video akan ditampal nanti, sebab ieja busy sket beberapa hari ni dengan majlis convo dan study untuk test... sorry...

love,
-ieja-

Friday, August 14, 2009

Dia

Aku sayang dia.
Aku nak jerit aku sayang dia.
Aku nak beritahu dunia
tapi aku tak reti nak beritahu dia
aku tak tahu macam mana nak bagi tahu dia.

-di saat kebosanan di majlis konvo. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.-

Monday, August 3, 2009

Gary Leon Roberts


Semalam ieja dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan ieja... walaupun kami tak begitu rapat, hanya sekadar teman berbual di kala berjumpa, dan hanya pernah berkongsi satu kelas bersamanya, pemergiannya seakan merentap dan menyedarkan kita semua akan hidup ini tak kekal. Hidup ini terlampau pendek. Hidup ini terlalu banyak kejutan.

Teman ieja yang bernama Gary Leon Robert ini banyak memberi semangat dan tunjuk ajar kepada ieja. He is the kind of person that is loved by everyone who is anyone. He is the kind that could never hurt anyone. Namun berita pemergian sahabat ini bukan sahaja mengejutkan, tapi cara pemergiannya yang lebih menyedihkan.

Dari cerita yang ieja dengar, he was found in the trash bin. Seorang yang boleh dianggap suci, kerana hatinya yang baik dan bersih serta pekerti yang boleh dikatakan sempurna di jumpai mati diantara timbunan sampah! Manusia memang tak berhati perut atau binatang yang melakukan itu, diharap akan mendapatlah balasannya.

Malam semalam, ieja ke rumah keluarganya. Ieja kagum dengan kehadiran rakan – rakan yang lain. Memang ramai. Ramai sungguh yang telah disentuh hatinya oleh Gary. Jika anda mahu melihat semangat 1Malaysia. Itulah dia. Pelbagai latar belakang. Pelbagai kaum. Pelbagai agama. Walaupun, tak baik disoal tentang ajal dan maut, tapi soalan ini masih menghurungi ieja. ‘Mengapa orang yang baik, selalu pergi cepat? Mengapa bukan orang yang jahat?’

Walau dalam jasad Gary sudah tiada bersama kami, semangat dan azamnya akan terus hidup dan bersama... I will always cherish the memories of TechComm and many others we had... May your soul Rest In Peace Gary Leon Robert. :’(

Saturday, July 25, 2009

minda

Sayup laungan permai mengejut aku,
Nyaman,
Indah terasa dunia,
Segalanya sempurna.

Tiba terik matahari menggigit tubuh,
Perit,
Sakit hingga ke sum – sum basah,
Yang makin kontang
Sedikit, demi sedikit cahaya terik itu malap
Kekeringan pula dibasahkan oleh dusta – dusta sial
Yang makin membutakan hati dan rohani.
Simbahan asid membakar
Namun kegelapan itu masih kekal.
Kegelapan yang makin membutakan
Kemalapan yang makin mematikan
Si buta ini meraba
Mencari sisa – sisa nur yang entah kemana pergi.

Bila tiba fajar merah mula menyinsing,
Segala lelah terasa terbazir,
Segala penat terasa terbuang,
Mata yang buta makin dibutakan,
Yang celik dimalapkan.
Api – api perjuangan disimbah
Dilunturkan,
Dimatikan sehabisnya.
Disogok nur – nur palsu yang makin memalapkan sinar matahari suci itu.

Bila malam datang menggamit,
Si celik digelapkan pandangannya
Si buta disuluh – suluh
Nur matahari suci itu terus tenggelam
Kelam
Ditelan kemodenan
Dibaham pembangunan
Apa lagi yang harus di olah untuk memanggil kembali sinar suci itu
Sial,
Memang sial,
Yang celik dibutakan,
Yang buta disimpan dalam gelap.

Monday, July 20, 2009

Jom kita serang!!!

Tiga bulan bercuti telah membuka mata serta minda ku untuk mengenal lebih banyak seni di Malaysia ni. Seni – seni ini juga yang menemukan aku dengan teman – teman baru dan rasa – rasa baru. Teman –teman ini jugalah yang telah member aku semangat baru dalam meneruskan hidup ini.

Dengan adanya teman – teman baru ni, aku juga secara tak langsung berasa bertanggung jawab untuk mempromote mereka. Tanpa paksaan, tanpa perlu disuruh… siapa lagi akan menyokokng kita di kala memerlukan kalau bukan sahabat, betul tak?

So here goes the events, yang akan dianjurkan dan akan dibuat atau akan terlibat secara langsung dan tak langsung dalamnya.

Yang paling dekat ialah:

Short and Sweet ni adalah pertandingan tarian dan teater yang akan diadakan di KLPac dari 22 Julai sampai 16 Ogos 2009. Untuk lebih tahu, click la kat sini , untuk Dance Schedule Click Here dan untuk Theater Schedule Click Here.
Datang la ramai – ramai dan sokong rakan – rakan baruku ini Mami Jarum untuk dance category dan Life’s a Twitch karya Maya Tan Abdullah untuk teater… hihihi…

Seterusnya,


Pameran seni tampak atau lukisan diberi nama Between the Lines akan diadakan di Annexe Gallery bermula 23 Julai 2009 hingga 2 August 2009 dari 8 pm till 8 pm… bukan memain taw… pameran akan dibuka officially pada 8 malam 23 Julai dan ditutup pada 8 malam 2 August. The exhibition time will be as follows:

Thu 23 Jul to Sun 2 Aug
Sun to Thu, 11am to 8pm
Fri & Sat, 11am to 9.30pm




Picture credits to Pekan Frinjan FaceBook

Untuk peminat puisi dan lagu, marilah kita memeriahkan Pekan Frinjan. Mereka ni bukan saje sempoi, tapi dapat menenangkan jiwa sambil menghiburkan hati. Particulars are as follows:

Date: Saturday, July 25, 2009
Time: 3:00pm - 11:55pm
Location: Laman Menara Jam (behind Plaza Alam Sentral)

Untuk tahu dengan lebih lanjut, sila ke, Rumah Anak Teater atau Facebook Pekan Frinjan.


Picture credits to Rumah Anak Teater blog

Gadoh the Movie akan ditayangkan lagi pada:
Date: Friday, 31 July 2009, 8pm
Venue: Auditorium, Level 9, Wisma BU8, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya
Landmark: Next to Centrepoint and McDonalds.

Untuk tahu dengan lebih banyak, berkunjunglah ke Rumah Anak Teater atau KOMAS.

Lagi satu,


Picture credits to Rumah Anak Teater FaceBook


Rumah Anak Teater lagi sekali mempersembahkan Project KoKEN (Project Community Kental) Teater Kompilasi 2. Ieja pun akan pergi untuk kali pertama menonton mereka ni berteater, so harap – harap best! Event ni special sket, akan ku lanjutkan ke entri selepas ni… hahaha… pilih kasih kan… :P

Anyway, ni details dia:
Start Time: Tuesday, August 11, 2009 at 8:30pm
End Time: Sunday, August 16, 2009 at 8:30pm
Location: Stor TEATER, Dewan Bahasa dan Pustaka
City/Town: Kuala Lumpur, Malaysia

Keterangan lebih lanjut ada di Facebook KoKEN, Blog RAT dan Blog Pemeran Teater Kompilasi ni Bob .

Kalau ada perubahan dari segi masa, tempat atau apa – apa, akan ku tulis lagi disini kelak… pape pun, harap yang membaca blog ni dapat la hadir ke salah satu pilihan anda atau memana yang anda rasa best… kalau kita tak support kawan siapa lagi kan??? Betul tak kawan – kawan yg bob suka??

Anyways,

XOXO
-ieja-

Saturday, July 18, 2009

Pegawai Khalwat



Lambatnya ieja nak menulis pasal review ieja tentang teater ni. Bukan sebab takde menda nak tulis or malas but sebab banyak la pulak kerja yang ieja kene buat… dan Gabe Lecuyer, laptopku masuk ward lagi =P so now kene guna laptop ayah yang besar ni... Jasper Andrea aka my desktop dh nak dekat empat bulan tak on..

Sebelum teater ni, ieja dah lama tk pi tgk teater, lebih – lebih lagi kat Taman Budaya tu. The last time was Jangan yang ieja pergi ngan geng ASTENA juga. My first malay teater, simpan lagi pamphlet teater tu. Hihihi…

Ini hanya pendapat ieja taw, ieja ni bukan pandai sangat tentang teater but sebagai penonton, just nak luah kan apa yang dirasa. Maaf in advance kalau apa yang akan ieja tulis ni agak menyinggung sesiapa… tapi ni review ikhlas…

Permulaan teater ni, agak ok. Tapi bila dah lama sikit tu agak hamber sedikit. Mungkin kerana cerekanya agak predictable atau pun pelakonnya ada kala in and out of character sikit. Tapi character yang paling ieja respect ialah bibik… cayalah bibik... anda memang hebat memeran watak anda...

Yang lain itu okay je la… tapi ieja still sokong pa’an and kak sha… korang boleh baiki lagi… Pa’an perjalanan anda masih jauh, ieja sure kamu insyaallah akan terbit sebagai pemeran suat hari nanti…

However, the ending tu yang ieja suka... it makes you think, it makes you wait... a story with no ending is way better than the ones with a bad ending...

Pape pun, pengalaman pergi teater baru baru ni, menjadikan minda ieja lebih kurang macam di refresh, dan mengingatkan kenangan bersama kelab – kelab teater dulu… rindunya kat semua…

Mesti busan baca entri kali ni kan?? Hihihi…
Ni sebab ieja buat tiga empat kerja at one time… multitasker… hahaha… anyway, enjoy these pictures…


~Casts and crew of Pegawai Khalwat~


~Me and Kak Zihan~


~Me and Kak Sherie~


~bersama Wan~


Aku bersama encik Pegawai Khalwat 2

Friday, July 10, 2009

Keramaian yang Sunyi

Bingit telinga mendengar,
Sesak mata memandang,
Tapi kosong.
Itu yang aku rasa.
Sunyi.
Tersisih dari semua.
Aku juga manu berkata.
Aku juga ingin bercerita.
Tiada siapa yang mendengar.
Tiada siapa mahu meluang.
Ah, biar aku sendiri.
Biar aku sunyi...
Sendiri.

Tuesday, June 30, 2009

Dia

Aku. Hanya. Mahu. Dia. Faham. Mengerti. Memaafkan. Menerima. Aku. Kembali. Benci. Luput. Rindu. KAMU.

Sunday, June 28, 2009

Hari yang Indah

Hari Sabtu (27 June) memang best! Tengah hari pergi lepak kat Urbanscapes sambil bershopping malam tu pulak menghabiskan masa dengan mendengar puisi – puisi contemporary di Pekan Frinjan di Shah Alam.

Pada pendapat ieja lah kan, Pekan Frinjan is more or my scene dari Urbanscapes. Mungkin kerana ieja pergi Urbanscapes tu kejap je, atau mungkin juga kerana ieja kurang minatnya akan music – music indie. Tapi performance ‘Room of Secrets’ ke ‘Secret Room’ tu memang menghiburkan.

Pekan Frinjan pula kepuasannya lain dari Urbanscapes. Bukan hanya disebabkan oleh performasi –performasi yang best (more of to my liking compared to Urbanscapes), tapi sebab akhirnya dapat juga ieja berjumpa dengan Kak Mimi berdua (twins) dan Kak Nad, yang sebelum ni kami mengada dan menggedik di FaceBook dan YM bersama sahaja… Korang ni best la…

Disebabkan oleh ketiadaan video camera yang dipinjam, ieja tak dapat record banyak performance, and sebab digi cam ieja, memori card dia tak besar, and ieja and co. ni memang suka bergambar, tapi dapat juga record dua cebis video performance by Fared Ayam and Zahiril Adzim.


Stabil untuk Siapa?


Metafora dari Tuhan


En. Ayam and co. memang sempoi. First time ieja jumpa Ayam dengan Merul was at the first ever Gadoh! Screening in HELP University. Masa tu tak kenal pun diorang tu. Masa MC perkenalkan baru tahu. Tu pun ieja was expecting Ayam tu be either Fat blogging type or someone really eccentric. Merul pula, ieja ingat dia garang. Mana taknya, dah la diam, tak senyum, terus ieja tak tegur. Tapi rupa – rupanya, Abg Merul ni baik je. And tutur dia agak lembut. Tak sombong atau garang pun. Hihihi. Tapi menghadap si bintang nan sebutir tu, lidah masih kelu, heartbeat masih nak race keliling dunia.

Setakat ni saja la perkongsian ieja hari ni…

p/s: Bob, lain kali if dapat jumpa lagi, insyaallah ieja akan cerita balik kat kamu macam mana kamu dah menyelamatkan ieja dari munuh dirik and lupa bangsa. :)

-ieja-

p/s: gambar nanti ieja add... wuwuwu :P

Saturday, June 20, 2009

Perit



Memori itu lagi.
Kenapa ia perlu terjadi?
Mengapa ia terjadi?
Kenapa aku?
Kenapa dia.
Dia tak bersalah.
Dia tak bersalah.
Dia tak bersalah.

Lepaskan dia dari kurungan sial itu,
Buka gari bangsat itu,
Buang badi lakhnat itu dari badannya.
Tolonglah.
Tolong lepaskan dia.
Dia tak bersalah.
Dia tak bersalah.
Dia tak bersalah.

Aku benci ingatan itu.
Aku benci hari itu.
Aku benci orang itu.
Aku benci.
Aku benci.
Aku benci.
Dia hidupku.
Dia nyawaku.
Dia semangatku.
Aku sayang dia.
Aku sayang dia.
Aku sayang dia.

Kenapa ini terjadi?
Kenapa ini mesti jadi?
Kenapa ini jadi padanya?
Kenapa…

Friday, June 19, 2009

Cullen Malaya


Dari


Ke



Minda, jiwa serta hatiku berada dalam awing – awangan tanpa gravity malam semalam. Mengapa? Itu, rahsia antara kami… Jadi disebabkan oleh minda yang tak stabil serta jiwa yang beterbangan, ieja mengambil dam membaca kembali buku Twilight yang dah terlampau banyak kali ieja baca. Sambil tu, mendengar lagu yang dua buah ini. ZA, this beats your Sigur Ros. Ahaha… memang heaven, sampai otak ieja jadi ala – ala cramp sikit…


Credits to BalsemGosok from YouTube


and



Credits to hanjlin18 from YouTube


Penangan membaca buku Twilight untuk ke sekian kalinya sambil mendengar alunan merdu dua music ini dalam loop, maka terjadilah imaginasi ini…


The Cullens in the Twilight Movie


Cullen Malaya


Azhan Rani as Carlisle Cullen



Beto Kusyairy as Edward Cullen



KhairilRidzuan a.k.a K'n as Jasper Hale



and


Fikhree Bakar as Emmett Cullen



Ini adalah Cullen versi Melayu (versi tak cukup inci dan agak rentung disalai dibawah matahari Malaysia… ehehe)

Ok tak Cullen Melayu ni???
Nanti tengok la, kalau Ieja rajin, ieja update the whole Twilight Clan jadi Melayu…

p/s: Picture credits to Azhan Rani, Beto Kusyairy, KhairilRidzuan and Fikhree Bakar’s FaceBook page. And also the uber awesome Google (for the twilight pictures).